‘Twitter Spaces’ - Buat Mereka Yang Mempunyai Jumlah Pengikut 600 Orang );

Type to search

‘Twitter Spaces’ Dibuka Buat Mereka Yang Mempunyai Jumlah Pengikut Seramai 600 Orang

Apps E-Com edutaiment Tech

‘Twitter Spaces’ Dibuka Buat Mereka Yang Mempunyai Jumlah Pengikut Seramai 600 Orang

Share

Ruang sembang berkonsepkan audio pada hari ini dilihat semakin digilai ramai dan trendy di platform media sosial.

Terbaharu, twitter melalui laman rasminya mengesahkan pembukaan ‘Twitter Spaces’ yang boleh dinikmati oleh semua pengguna laman sosial itu dengan syarat, jumlah pengikut anda mestilah sekurang-kurangnya 600 orang.

Twitter Spaces merupakan sebuah ciri yang membolehkan anda berkomunikasi melalui pesanan suara dengan pengguna twitter yang lain.

Ianya diilhamkan daripada aplikasi clubhouse yang mula diperkenalkan pada beberapa bulan lalu dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai tatkala wabak Covid-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

twitter spaces

Twitter juga mengumumkan beberapa ciri baru yang akan hadir di Spaces, antaranya ticket spaces, co-hosting, scheduling dan captions.

twitter spaces

Ciri tambahan ini masih lagi dalam peringkat percubaan dan akan segera di lancarkan dalam masa terdekat demi memeriahkan lagi aplikasi terbaru ini.

Jadi buat pengguna Twitter, apa pendapat anda? Adakah ianya satu penambahbaikan yang bagus ataupun sekadar aplikasi yang menjadi ikut-ikutan masa kini?

 

Sumber: technave.com

Tags:

You Might also Like

1 Comment

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!