Ujian Program Beta Astro, beri pelanggan tonton saluran sukan dalam 4K UHD Verst E-Com );

Type to search

E-Com Tech

Ujian Program Beta Astro, beri pelanggan tonton saluran sukan dalam 4K UHD

Share

Dengan memberi paparan muka serba baharu, Program Beta Astro kini menawarkan pengguna merasai pengalaman tontonan dalam format 4K UHD dan rakaman dalam Astro Cloud serba baru.

Ia terbuka kepada pelanggan Astro yang aktif yang tinggal di Lembah Klang dengan langganan tunggal.

Program ini tidak ditawarkan kepada Pelanggan IPTV dan NJOI.

Bagi menggunakan tawaran program, anda perlu memiliki TV 4H UHD dan mempunyai sambungan minimum 10Mbps yang diperlukan untuk menggunakan set-top-box Astro Ultra.

Keperluan 10Mbps adalah agak rendah kerana Netflix mengesyorkan sambungan 25Mbps yang lebih stabil untuk menikmati aliran Ultra HD.

Dengan menyertai program ini, pihak Astro akan menggantikan penyahkod Astro sedia ada anda secara kekal.

Anda boleh terus menggunakan kotak selepas tempoh beta tanpa kos tambahan bag pelan langganan sedia ada.

Dengan PVR sedia ada anda akan digantikan dengan 4K UHD Box, ini bermakna anda akan kehilangan semua rakaman sebelum ini.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!