Ulti Box Astro Kegemaran Keluarga - Verst E-Com );

Type to search

E-Com Gajet

Ulti Box Astro Kegemaran Keluarga

Avatar
Share

Astro telah memperkenalkan Ulti Box, tambahan terbaru dalam siri kotak berhubungnya. Berikutan kejayaan pelancaran 4K UHD Ultra Box Astro di mana lebih 200,000 unit telah diedarkan kepada pelanggan baharu dan sedia ada, Ulti Box bakal melengkapkan dan memperkukuhkan lagi visi Astro dalam memberikan pengalaman perkhidmatan kotak berhubung yang lancar, kepada semua segmen pelanggan.

Ulti Box merupakan set-top box kompak yang dilengkapi dengan siaran HD serta hubungan Wi-Fi dan alat kawalan jauh baharu yang memudahkan navigasi dengan sifat intuitifnya.

Ulti Box

Dengan Ulti Box, pelanggan akan disajikan dengan kemudahan inovatif sedia ada di Ultra Box ketika dihubungkan dengan Wi-Fi, seperti menonton program yang dilanggan secara on demand, untuk mengurangkan isu gangguan siaran ketika hujan, memastikan pelanggan tidak terlepas peluang menonton program kegemaran masing-masing dengan cloud recording, memainkan semula program dari titik mula, serta menikmati kandungan dalam versi HD.

Perbezaan utama antara dua set-top box terkini Astro adalah Ultra Box menawarkan pengalaman 4K UHD untuk pelanggan yang mempunyai televisyen 4K UHD sahaja.

Buat pelanggan sedia ada, naik taraf pengalaman menonton Astro di rumah dengan tawaran swap atau menukarkan perkhidmatan pelanggan yang tidak memiliki Ultra Box terus kepada Ulti Box pada caj pemasangan lebih rendah dengan hanya RM49 berbanding RM99 untuk pelanggan baharu.

Tags:
Avatar
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!