Unifi Mobile Kini Ditawarkan Sebagai Sim Travel - Verst E-Com

Type to search

E-Com Review

Unifi Mobile Kini Ditawarkan Sebagai Sim Travel

Share

Selari dengan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, Telekom Malaysia telah memperkenalkan SIM prabayar baru di bawah Unifi Mobile yang memberi data tanpa had kepada pelancong.
Pakej ini datang dengan dua pilihan harga. Bagi pas 7 hari dengan nilai RM30, manakala pas 15 hari pada RM60.

Kedua-duanya pelan ini didatangkan dengan data tanpa had. Untuk setiap panggilan, TM mengenakan bayaran 20 sen seminit dan 10 sen untuk SMS.

Hanya 1 SIM sahaja boleh didaftarkan untuk setiap passport dan tertakluk kepada semua orang berumur 12 tahun dan ke atas. Semasa pendaftaran, anda perlu mengemukakan pasport asal anda dan memberi maklumat peribadi termasuk alamat hotel atau penginapan anda di Malaysia.

Walaubagaimanapun, Pakej Pass Travel bukan untuk rakyat Malaysia dimana semua transaksi mesti dilakukan melalui kad kredit.

Pengesahan pengaktifan dalam masa 30 dari masa sim diaktifkan atau dalam masa 30 hari dari tarikh sim diterima.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!