Unifi Tawarkan Unifi Plus Box 4k secara percuma melalui Broadband Unifi Fiber - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gajet

Unifi Tawarkan Unifi Plus Box 4k secara percuma melalui Broadband Unifi Fiber

Share

TM kini melancarkan Unifi Plus Box baru yang membolehkan pengguna Unifi TV menikmati kandungan 4K Ultra HD melalui set-top-box yang dikuasakan oleh Android TV dan anda boleh mendapatkannya secara percuma dengan pelan jalur lebar Unifi Home Fiber.

Unifi Plus Box bukan sahaja membolehkan anda menonton siaran Unifi TV tetapi anda juga boleh menikmati kandungan dari pembekal lain. Beberapa aplikasi TV Android yang telah lengkap dipasangkan termasuk BBC Player, Yupp TV, Dimsum, Viu, YouTube dan iFlix.

Menurut FAQ Unifi TV, pakej langganan berbayar untuk platform ini disediakan berasingan.

Rancangan dalam BBC Player adalah percuma bagi langganan pek Ultimate TV atau anda boleh melanggannya untuk RM10 sebulan. Dimsum, Viu, YuppTV juga ditawarkan untuk RM10 sebulan. Bagi siaran FOX+ pula akan disediakan tidak lama lagi.

Unifi tidak menyatakan siaran mana yang akan menyokong resolusi 4K.

Memandangkan sistem menggunakan Android TV, ia menyokong arahan suara melalui Google Assistant dan juga menyokong Google Chromecast, yang membolehkan anda melancarkan video melalui telefon pintar terus ke TV.

Bagi spesifikasi Unifi Plus Box, ia menggunakan pemproses quad-core dengan 2GB DDR4 RAM dan 8GB eMMC penyimpanan. TV Box ini menggunakan versi Android TV 9 dan memerlukan sambungan internet dan menyokong fungsi LAN dan WiFi.

Anda boleh memuat turun aplikasi tambahan anda sendiri dari Google PlayStore tetapi akses kepada perkhidmatan Netflix tidak tersedia buat masa ini.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!