Update Terbaru Youtube Mudahkan Anda Akses Filem Dan Rancangan TV
Share

Google membenarkan pelanggan membeli dan menyewa filem serta rancangan TV dari Google Play dan YouTube, tetapi berlaku kesukaran mencari kandungan yang dibeli melalui platform terakhir. Kini Google memudahkan carian filem dan rancangan anda dengan pilihan menu baru dalam kemas kini terbarunya di youtube.
Pilihan menu baru telah dilancarkan di aplikasi YouTube yang menyediakan akses pantas kepada filem dan rancangan langsung dari tab Perpustakaan. Terdapat pilihan menu baru yang dipanggil “Your movies and shows” yang muncul di antara seksyen Muat turun dan Tonton kemudian. Disana anda boleh lihat kandungan yang dibeli dalam senarai, serta mencari tajuk baru untuk ditonton.

Update terbaru ini mungkin akan mengalami kelewatan kemunculan senarai filem anda dimana anda harus ‘refresh’ sebelum senarai muncul.
Sebelum ini, kandungan dapat dilihat dalam bahagian pembelian di perpustakaan, tetapi perubahan ini memudahkan pengguna untuk cepat memasuki tempat menonton filem dan rancangan kegemaran mereka.