Video TikTok Ini Kongsikan 7 Fungsi Telegram Yang Ramai Tidak Tahu );

Type to search

Apps E-Com

Video TikTok Ini Kongsikan 7 Fungsi Telegram Yang Ramai Tidak Tahu

Avatar
Share

Menerusi video di laman TikTok @affiyanihs, dia menerangkan tujuh fungsi Telegram yang mungkin tidak tahu ada dan ia bermanfaat untuk kegunaan ramai.

Seperti yang kita semua tahu, Telegram memang merupakan satu aplikasi yang bermanfaat dan berguna untuk masyarakat terutama di musim pandemik ini.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Namun masih ramai yang kurang menjelajahi fungsi Telegram yang sebenar. Namun video ini memberikan beberapa jenis fungsi untuk manfaat bersama.

1. Lightroom Free Preset

Channel ini membolehkan anda untuk mengedit gambar dengan lebih cantik. Malah ia juga memberikan beberapa gambar yang anda bole pilih dan edit mengikut minat anda. Ia sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia pengeditan gambar.

2. Voicy

Jika anda ingin berhubung dengan rakan atau seseorang yang berlidah antarabangsa, Voicy sangat sesuai untuk digunakan. Sebanyak 132 buah bahasa yang disediakan bagi memudahkan para pengguna. Ia juga berfungsi untuk mengubah audio kepada bentuk teks.

3. PandaiBot

Fungsi bot ini adalah memudahkan pengguna mengetahui keadaan semasa seperti waktu solat, cuaca, berita dan status covid di kawasan anda. Selain itu ia juga menyajikan anda pelbagai aktiviti menarik seperti tekateki, pickupline serta pelbagai kemudahan lain.

4. Jawigram

Jika anda masih berjinak untuk mempelajarai tulisan jawi tetapi malu untuk berguru secara bersemuka, anda boleh gunakan Jawigram. Ia membantu anda menukar bahasa melayu baku kepada tulisan jawi, sama juga tukarkan tulisan jawi kepada bahasa melayu baku.

5. 🎄 (iOS) YTA Bot

Fungsi bot ini adalah untuk anda memuat turun video dari youtube terus ke komputer riba atau telefon anda. Ia memberi arahan yang sangat mudah untuk anda mengikuti dan melakukanya.

6. Office2pdf

Bagi mereka yang mempunyai masalah untuk menukarkan segala maklumat, spreadsheet, gambar atau sebarang perbentangan kepada fail format pdf, anda boleh gunakan bot ini. Ianya memang sangat membantu terutama bagi para pelajar, apatah lagi ketika musim pembelajaran secara atas talian.

7. Skeddy

Fungsi Skeddy adalah untuk mereka yang ingin menguruskan masa menerusi aplikasi Telegram. Anda boleh membuat sebarang pesanan atau peringatan ringkas untuk mengingatkan anda. Sebagai contoh “Telefon dia dalam 10 minit”, pesanan tersebut akan masuk ke notifikasi telefon anda.

Terdapat banyak lagi fungsi Telegram yang masih belum diketahui ramai. Kita perlulah rajin-rajinkan diri untuk mencari dan memanfaatkan penggunaan Telegram dalam kehidupan kita terutama bagi para pelajar.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!