Vital Bracelet 2021: Bersenam Sambil Melatih Digimon );

Type to search

Vital Bracelet 2021: Bersenam Sambil Melatih Digimon

Apps E-Com Gajet

Vital Bracelet 2021: Bersenam Sambil Melatih Digimon

Avatar
Share

Tahun 2021 akan menjadi tahun yang menarik bagi peminat Digimon kerana Syarikat Bandai akan mengumumkan penjualan jam tangan kecergasan iaitu “Vital Bracelet” dimana anda boleh bersenam sambil melatih Digimon anda.

Perkara ini menjadi bualan ramai dalam kumpulan Facebook Digimon Malaysia memandangkan pengeluaran permainan video Digimon Survive ditangguhkan ke tahun hadapan.

Gelang elektronik ini dilengkapi dengan monitor denyutan jantung pengguna, pedometer dan paparan LCD.Anda boleh memuat turun Digimon pilihan anda melalui peranti tersebut dan semakin banyak anda bersenam semakin kuat Digimon anda. Anda juga boleh menggunakan aplikasi yang terdapat di telefon pintar anda sekiranya ingin bermain di layar yang lebih besar.

Apa yang lebih menarik ialah anda boleh bertarung bersama Digimon anda dengan pengguna “Vital Bracelet” yang lain dengan mode “Raid Battles”.

Menerusi video cuplikan tersebut, anda boleh bersenam dan memlihat keadaan badan serta jantung anda disamping melatih Digimon bersama seolah mereka menemani anda bersenam.

Ini bertambah menarik kerana anda akan lebih motivasi untuk menjalani kehidupan yang sihat sambil meneruskan minat anda.

Gelang elektronik ini dijadualkan dijual di pasaran sekitar bulan Mac 2021 dan tempahan akan dibuka pada 18 Disember 2020. Terdapat sekilar maklumat bahawa ianya akan dijual secara global ke serata dunia memandangkan jumlah peminat tegar Digimon.

Anda juga boleh melawati laman web rasmi akaun Twitter Digimon bagi mendapatkan lagi informasi mengenai “Vital Bracelet” dalam masa terdekat.

[Sumber: The Gamer]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!