Warga Tua Penyebab Terbesar Penyebaran Berita Palsu Menurut Menteri Thailand Verst E-Com );

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Tech

Warga Tua Penyebab Terbesar Penyebaran Berita Palsu Menurut Menteri Thailand

Share

Pada masa ini, setiap dari kita boleh dikatakan pasti akan menerima satu SMS berantai, dengan kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya. Apabila anda membuka pautan yang diajukan atau membaca mesej berkenaan, anda menyedari yang ianya benar-benar palsu.

Itu sebenarnya salah satu cara berita palsu tersebar, dengan ketulenan berita yang semakin tersebar di media sosial dan aplikasi perbualan akan menampakkan berita berkenaan seakan benar.

Untuk memerangi masalah ini, Pihak berkuasa Thailand telah menubuhkan “Pusat berita tidak benar” pada awal tahun ini, dengan penekanan kepada maklumat yang salah tentang bencana dan kewangan.

Melalui maklumat yang dikumpulkan dari pusat itu, Menteri Ekonomi Digital dan Masyarakat Thailand telah melaporkan bahawa warga tua adalah penyebar berita palsu terbesar di Thailand.

Kategori “orang tua” terdiri daripada orang yang berumur 60 tahun dan lebih, walaupun menteri telah menegur dengan mengatakan bahawa warga tua menyebarkan berita palsu pada orang berdekatan.

Isu Global, Tidak Terhad Kepada Thailand Sahaja

Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik di Princeton mendapati bahawa pengguna internet Amerika yang berusia 65 tahun lebih cenderung untuk berkongsi berita palsu di Facebook.

Penyelidikan dilakukan dengan tujuan untuk menemui kesan berita palsu pada 2016 dengan memilih kempen lantikan presiden Amerika. Ia mendapati tiada hubungan kecenderungan perkongsian berita palsu mengikut perbezaan pendidikan, pendapatan dan jantina.

“Jika warga tua lebih cenderung untuk berkongsi berita palsu daripada orang muda, maka terdapat implikasi yang penting untuk bagaimana kami dapat merancang campur tangan untuk mengurangkan penyebaran berita palsu.” Menurut Andrew Guess, pembantu profesor politik dan hal ehwal awam di Princeton University.

Boleh dikatakan bahawa masalah ini disebabkan oleh literasi digital generasi yang lebih tua, dengan pengenalan teknologi pada umur yang lebih lewat, mereka agak kurang mahir dalam mengelola kerumitan sistem / platform media sosial.

Rakyat Malaysia telah memulakan langkah untuk menyediakan tenaga kerja negara untuk IR4.0, dengan insentif dan langkah yang diambil semasa Bajet 2020 untuk memodenkan pelbagai industri.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh juga mengatakan bahawa kerajaan Malaysia sedang melihat idea untuk mempunyai sistem “pemeriksa fakta” untuk membendung isu berita palsu.

Dengan kini kita sedang dalam fasa peralihan digital, sebahagian besar masalah adalah kekurangan kesedaran oleh generasi lebih tua terutamanya apa yang merupakan berita tulen atau palsu dan tugas generasi muda untuk membantu dan bungannya mengapikan isu.

Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!