Window 10X Mungkin Untuk Pengguna Skrin Tunggal Pada 2021 - Verst );

Type to search

E-Com Tech

Window 10X Mungkin Untuk Pengguna Skrin Tunggal Pada 2021

Share

Pada bulan Mei lalu, Microsoft telah mengumumkan dimana syarikat berkenaan akan membawa masuk Windows 10X ke peranti skrin tunggal.

Versi OS yang lebih ringan ini pada mulanya dibuat untuk peranti dua skrin seperti Surface Neo.

ZDNet melaporkan bahawa Microsoft merancang untuk melancarkan Windows 10X kepada peranti yang berfokus pada perniagaan dan pendidikan pada 2021.

Dari apa yang diketahui, Windows 10X tidak akan disertakan dengan sokongan untuk menjalankan aplikasi Win32 bit.

Dengan Microsoft memfokuskan pada pengembangan Windows 10X, mereka mungkin mengalihkan sumbernya dimana akibatnya, Windows 10 biasa hanya dapat update satu ciri baru sahaja setiap tahun.

Windows 10X yang menyokong dua skrin mungkin dianjak ke 2022, ini mungkin bermaksud Microsoft Surface Neo juga bakal dianjak ke tahun 2022. Bagi yang tidak sabar dengan window baru ini, mungkin ia pahit untuk ditelan.

(Sumber: ZDNet)
Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!