Microsoft Lancarkan Windows 11, Sudah Boleh Dimuat Turun );

Type to search

E-Com

Microsoft Lancarkan Windows 11, Sudah Boleh Dimuat Turun

Share
windows 11

Pagi ini secara rasminya Microsoft telah lancarkan Windows 11 untuk dimuat turun pada komputer peribadi di seluruh dunia. Kemas kini juga percuma untuk pengguna Windows 10 yang menggunakan komputer terbaharu.

Bagi anda yang ingin menaik taraf ke Windows 11, anda boleh menunggu kemas kini disedikan untuk anda melalui Windows Update. Sekiranya komputer anda memenuhi semua keperluan, maka anda harus melihat Windows 11 tersedia sebagai kemas kini dalam beberapa minggu akan datang.

Selain itu, pilihan lain untuk mendapatkan kemas kini terbaru adalah dengan memuat turun di Windows 11 Microsoft. Laman web tersebut juga berfungsi sama dengan yang disediakan oleh Microsoft di komputer anda.

BACA JUGA: Microsoft Cadang Henti Sokongan Windows 10 Menjelang 2025

Microsoft akan mula memperkenalkan kemas kini ini secara berperingkat dalam bulan-bulan akan datang, dan menyasarkan semua peranti yang menyokongnya, menerima Windows 11 menjelang pertengahan 2022 kelak.

Bagi pengguna Windows 10 sedia ada, sekiranya peranti anda menyokongnya, anda akan menerima notifikasi melalui Windows Update apabila kemas kini tersedia untuk anda.

Windows terbaru ini ialah sebuah lagi anjakan paradigma sistem operasi Microsoft yang sudah berusia 38 tahun. Selain rekaan yang lebih minimalis, taskbar yang disusun semula dan tumpuan yang lebih diberikan kepada sekuriti serta privasi.

Ia juga kelak akan dapat menjalankan aplikasi Android terus dari dalam sistem operasi menerusi gedungnya yang tersendiri pada tahun 2022.

[Sumber: GSMARENA]
Tags:
Farhana Syahirah

Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!