Ikut Jejak Apple, Xiaomi Juga Tidak Menyediakan Pengecas Pada Telefon Mi 11 - E-Com );

Type to search

E-Com Gajet

Ikut Jejak Apple, Xiaomi Juga Tidak Menyediakan Pengecas Pada Telefon Mi 11

Share

Semasa Apple mengumumkan ia tidak akan menyertakan pengecas pada iPhone 12, banyak pengguna menganggap itu akan menjadi permulaan trend industri dan terbukti ia benar. Terdapat kemungkinan bahawa Samsung juga tidak akan menyertakan pengecas pada masa akan datang, dan sekarang diketahui Xiaomi juga merancang untuk tidak menyertakan set pengecas.

Permulaannya bilamana Apple memutuskan bahawa set pengecas tidak akan disertakan pada iPhone 12-nya, dengan alasan bahawa pengguna sudah memiliki pengecas dan banyak orang tidak memerlukan set tambahan. Mungkin tidak ramai yang menyimpan set lama, tetapi perubahan telah tiba dan, seperti kehilangan lubang fon kepala, perkara ini kemungkinan akan kekal.

Apple

Setelah perkara ini hangat diperkatakan, Samsung dengan pantas menerbitkan iklan yang menunjukkan bahawa ia memasukkan pengecas pada peranti Galaxy baru, tetapi sekarang nampaknya Samsung merancang untuk mengikuti jejak Apple dan Xiaomi juga telah mengesahkan bahawa ia juga akan meninggalkan penyekalian pengecas pada telefon bimbit Mi 11 yang akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutif Xiaomi, Lei Jun mengumumkan perubahan ini di Weibo, platform media sosial China. Syarikat mengatakan bahawa ia tidak akan menyertakan pengecas disebabkan masalah alam sekitar, dengan idea bahawa banyak pengguna sudah mempunyai satu (atau beberapa) pengecasan di rumah.

Sumber
Tags:
Fiq Mukri

Bermula dengan rekaan grafik sebelum memasuki dunia penulisan teknologi pengguna. Minat pada perkakasan PC, sistem permainan video, streaming, kucing, pelancongan dan NATURE HUNTING.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!