Xiaomi Jalin Kerjasama Dengan Tourism Malaysia Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020 - Verst E-Com

Type to search

E-Com Gajet Pilihan Editor

Xiaomi Jalin Kerjasama Dengan Tourism Malaysia Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020

Share

Xiaomi kini menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB) dalam mempromosikan keindahan Malaysia melalui Mi Note 10 bagi kempen Visit Malaysia 2020.

Melalui jalinan kerjasama antara Xiaomi dan MTPB kini telah menghasilkan imej fotografi yang mengagumkan di beberapa lokasi pelancongan utama di Malaysia melalui telefon pintar terbaru Xiaomi Mi Note 10, selain itu juga penghasilan video promosi untuk kempen Visit Malaysia 2020 (VM2020).

Dalam jalinan kerjasama ini bertujuan mempromosikan pelancongan di Malaysia menerusi model Mi Note 10, telefon pintar pertama di dunia dengan persediaan kamera 108MP penta.

Allen An, Pengurus Xiaomi Malaysia & Singapura (Lima dari kanan) dan Datuk Musa Yusof, Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB) bersama-sama dengan wakil dari Xiaomi Malaysia dan MPTB.

Majlis pelancaran kerjasama antara Xiaomi Malaysia dan MTPB telah dirasmikan oleh Datuk Musa Yusuf, Ketua Pengarah MTPB. Majlis tersebut dihadiri oleh beberapa wakil dari Xiaomi Malaysia termasuk Allen An, Pengurus Negara Xiaomi Malaysia dan Singapura. Dimana dalam acara ini juga menyaksikan Memorandum Kerjasama Bersama yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak Xiaomi Malaysia dan MTPB.

Pelancaran ini diserikan lagi dengan video promosi selama 3 minit, yang menampilkan keajaiban alam semulajadi dan seni bina terkenal di Malaysia serta lokasi yang dianggap sebagai ‘Hidden Gems’.

“Kami sentiasa mahu membantu mempamerkan kecantikan semula jadi Malaysia ke mata dunia dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB) kerana memberikan peluang dalam memainkan peranan melalui kempen Visit Malaysia 2020. Bukan sahaja kepada pelancong, tetapi rakyat Malaysia sendiri perlu melihat ‘Hidden Gems’ negara.

“Dengan kamera 108MP pada Mi Note 10, rakyat Malaysia dapat menyimpan keindahan unik Malaysia dengan lebih terperinci, mengenali kecantikkan hidupan yang sebelumnya tidak kelihatan. Kami percaya Mi Note 10 akan membolehkan pengguna menikmati modul fotografi mudah alih dengan kualiti fotografi dan videografi dengan lebih epik,”jelas Allen An, Pengurus Xiaomi Malaysia dan Singapura.

Dalam pada masa yang sama, Datuk Musa Yusof, berkata, “Xiaomi sebagai pendukung teknologi global bersama-sama dengan telefon pintar terbarunya, Mi Note 10, adalah peranti yang sempurna bagi memaparkan keindahan tersembunyi Malaysia ke mata dunia.

“Untuk kempen VM2020, kami ingin mempamerkan sisi terbaik Malaysia yang ditawarkan, sama ada dari sudut warisan, budaya pelbagai kaum atau tempat-tempat indah yang Malaysia ada, Xiaomi adalah salah satu rakan yang paling sesuai untuk membantu kami mencapai usaha ini dan memberi pengalaman estetik yang sebenar,”kata Musa Yusof.

Bersempena dengan kerjasama ini, Xiaomi Malaysia akan melancarkan pertandingan fotografi dalam talian, bertema #ExploreMalaysiaWithMINOTE10, di laman Facebook rasminya.

Pengguna boleh mengambil bahagian dengan mengambil gambar pemandangan di Malaysia menggunakan Mi Note 10. Peserta dikehendaki mengambil gambar dan menghantar secara online di Facebook atau Instagram bersama dengan hashtag #ExploreMalaysiaWithMiNote10.

Pemenang akan dipilih berdasarkan imej yang paling kreatif dan akan berpeluang untuk memenangi hadiah menarik MPTB termasuk tiket ke lokasi menarik dan penginapan resort yang indah di Malaysia.

Allen An, Pengurus Xiaomi Malaysia & Singapura (Kiri) dan Datuk Musa Yusof, Pengarah Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia (MTPB) bersama memeterai perjanjian kolaborasi.

Visit Malaysia 2020 memberi sisi terbaik Malaysia untuk ditawarkan kepada dunia dengan tahun yang penuh dengan kemeriahan acara. Tahun 2020 memberi intipati istimewa kepada semua rakyat Malaysia kerana kita berjaya semua kejayaan dan cabaran kita dalam mengubah tanah yang dulunya dijajah menjadi sebuah negara yang berkembang maju, berbilang budaya dan dinamik.


Nota:

Dilancarkan secara rasmi pada 4hb Disember 2019 di Malaysia, Mi Note 10 dilengkapi 6GB RAM + 128GB ROM dan merupakan model kamera 108MP penta yang pertama di dunia dengan reka bentuk premium dan bateri 5260mAh yang besar. Satu lagi varian tersedia, Mi Note 10 Pro, dengan 8 lensa dan RAM 8GB yang lebih besar + penyimpanan ROM 256GB. Kedua-dua Mi Nota 10 dan Mi Note 10 Pro berada di sini untuk menyampaikan pengalaman fotografi pintar epik.

Mi Note 10 berharga RM 2,099, manakala Mi Note 10 Pro, RM 2,499. Kedua-dua peranti ini boleh didapati secara dalam talian melalui Lazada, Shopee dan di semua Kedai Mi di Malaysia.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!