Xiaomi Lancar Mesin Sarapan Mudah Alih 5 Dalam 1 - Verst E-Com

Type to search

E-Com Pilihan E-Com Tech

Xiaomi Lancar Mesin Sarapan Mudah Alih 5 Dalam 1

Share

Jenama Xiaomi bukan sahaja terkenal dengan penghasilan banyak model telefon pintar pada harga termampu.

Malah, ia juga kerap kali mereka inovasi pelik yang jarang dibuat oleh jenama lain.

Terkini, Xiaomi telah melancarkan mesin penyediaan sarapan mudah alih 5 dalam 1 yang turut menyokong fungsi panggang/kukus dengan tagline “your mobile small kitchen.”

Produk ini merupakan kerjasama di antara Xiaomi dan Domlin.

Mesin sarapan ini dilengkapi pembakar roti dan kuali bagi tujuan penyediaan sarapan yang cepat dan mudah.

Malah, saiznya yang kecil menjadikan ia sesuai dibawa ke mana sahaja.

Dijual pada harga 359 Yuan (RM213), setiap pembelian didatangkan dengan periuk memasak 1.2 liter, kuali anti melekat Teflon dan pengukus kuali tahan lasak.

Difahamkan, buat masa ini kelengkapan mudah alih ini hanya dijual di China sahaja.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!