Xiaomi Redmi Note 6 Bakal Mendapatkan Update MIUI 12 Terbaru );

Type to search

E-Com Gajet

Xiaomi Redmi Note 6 Bakal Mendapatkan Update MIUI 12 Terbaru

Avatar
Share

Dikhabarkan bahawa model Xiaomi Redmi Note 6 bakal mendapatkan update mereka yang terbaru iaitu MIUI 12.

Sebelum ini, model ini hanya dilancarkan dengan MIUI 9 berdasarkan Android 8.1 (Oreo) lalu diperbaharui kepada MIUI 10 dan dipasang bersama Android 9.0 (Pie) dan yang terakhir MIUI 11.

Redmi Note 6 Pro All Colors Featured– Xiaomi Redmi Note 6; Gizmo China –

Walau bagaimanapun, model ini sekadar berada di pasaran global dan Russia sahaja dan yang dijual di Rusia hanya menggunakan MIUI 10 dan Android (Oreo) sahaja.

Namun lain halnya dengan varian dari global di mana mereka bakal dikemas kini dengan MIUI 12 dengan nombor build mereka iaitu V12.0.1.0.PEKMIXM.

Mereka kini masih berada dalam fasa Stable Beta dan ianya diuji oleh beberapa orang dahulu.

Pihak Xiaomi bakal melebarkan lagi jaringan mereka seandainya proses tersebut berjalan dengan lancar dan tiada masalah yang timbul.

[Sumber: Gizmo China]

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!