Tutup Selamanya pada 4 Mei 2021. RIP Yahoo Answers );

Type to search

Apps E-Com

‘RIP Yahoo Answers’ – Platform Ini Diisytihar Tutup Selamanya

Share
tutup

Pengguna Yahoo pastinya tidak asing dengan fungsi Yahoo Answers yang membolehkan anda berkongsi maklumat atau bertanya sebarang soalan.

Mula beroperasi pada tahun 2005, ianya dikatakan semakin kurang digunakan oleh masyarakat dunia. Maka dengan itu, demi memberi ruang penambahbaikan buat perkhidmatan yahoo yang lain, ianya bakal diisytihar tutup serta merta pada 4 Mei 2021.

tutup

Bermula daripada 20 April sehingga 4 Mei ini, pengguna hanya akan berada di dalam mode bacaan sahaja, bermakna sebarang pertanyaan dan jawapan tidak lagi boleh dikirim seperti biasa.

Selepas daripada tarikh penutupan, segala akses ke atas Yahoo Answers akan disalurkan pada laman utama Yahoo. Jangan risau, penutupan ini tidak akan mempengaruhi akaun dan perkhidmatan Yahoo anda yang lain, jadi tak perlu la takut dan kalut ye…

Walaubagaimanapun, pujian harus diberikan kepada Yahoo Answers yang telah lama berkhidmat, memang benar sekarang kita peroleh banyak lagi pilihan aplikasi yang hampir serupa. Namun harus diingat, ‘tiada dulu tiada sekarang, ada baru, lama jangan dilupakan’. Selamat beramal!

 

Sumber: sea.ign.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!