Zoom Ambil Alih Firma AI untuk Buat Translate Bahasa Pada Masa Nyata );

Type to search

E-Com Tech

Zoom Ambil Alih Firma AI untuk Buat Translate Bahasa Pada Masa Nyata

Share
zoom

Zoom ada mengumumkan yang syarikat mereka sudah mengambil alih Karlsruhe Information Technology Solutions (Kites) yang terletak di Jerman untuk bangunkan sistem translate bahasa di masa nyata.

Menerusi kecerdasan buatan Kites (AI), perbualan antara dua pengguna Zoom yang tak menggunakan bahasa yang sama dapat dilakukan ketika masa yang nyata.

AI ini juga berupaya menghasilkan transkripsi untuk pengguna yang mempunyai cacat pendengaran (OKU) selain dari mengalih bahasa secara masanyata dan memaparkannya dalam bentuk sari kata.

AI
Simulasi antara dua pengguna Zoom yang mengunakan dua bahasa berbeza di masa nyata.

Sebagai platform tele-conference paling popular sejak tahun lepas apabila pandemik melanda, Zoom mula menawarkan ciri terbaru bagi produk mereka untuk kekal relevan.

Bagaimanapun, Z00m terus berusaha membangunkan Events, iaitu platform penstriman berbayar untuk pengguna dapat jana pendapatan terus dari rumah.

Bayangkan jika AI Kites ini berjaya, adakah program translator ini dapat dijadikan alat penghubung tanpa menggunakan orang ketiga sebagai pengalih bahasa? Mungkin kerjaya ini juga akan pupus jika ia dapat diaplikasikan. Menarik.

[Sumber: Zoom]

Baca Lagi: Aplikasi Z00m Akan Disesuaikan Pada Paparan Pintar

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!