Samsung Cloud Bakal Ditutup Berperingkat dan Malaysia Tergolong Dalam Group 2 );

Type to search

Apps E-Com Featured

Samsung Cloud Bakal Ditutup Berperingkat dan Malaysia Tergolong Dalam Group 2

Farhana Syahirah
Share
samsung cloud

Samsung mengumunkan bahawa mereka akan menutup perkhidmatan Samsung Cloud pada Ogos 2020 dan memutuskan untuk menggantikannya dengan Onedrive.

Pengguna akan mempunyai masa untuk memindahkan semua data mereka ke OneDrive dari tahun lalu hingga April 2021 ini. Walau bagaimanapun, tidak semua pengguna dipengaruhi oleh garis masa yang sama

Menurut sumber itu, Samsung membahagikan tarikh akhir untuk semua pengguna di seluruh dunia menjadi dua kumpulan berdasarkan setiap negara.

Kedua-dua kumpulan tersebut dinamakan ‘Group 1’ dan ‘Group 2’ di mana Malaysia tergolong dalam kategori ‘Group 2’ dengan tarikh akhir ia ditamatkan. Terdapat dua tahap disini, tahap awal membolehkan anda memindahkan data anda ke Microsoft OneDrive mengikut timeline.

samsung cloud
Timeline pemindahan data ke OneDrive mengikut kumpulan. Malaysia tergolong dalam Group 2.
samsung cloud
Image @ Samsung Cloud

Tempoh penutupan untuk Group 1 berakhir pada 31 Mac dan Group 2 berakhir pada 31 Mei. Setelah selesai, Samsung Cloud tidak akan membenarkan pengguna memindahkan data tetapi anda masih dapat memuat turun data yang anda simpan ke laptop atau PC. Selepas peringkat 2, semua data anda akan dihapuskan dari 1 Julai untuk Group 1 dan 1 September untuk Group 2.

Walau bagaimanapun, Samsung Cloud tidak menutup sepenuhnya perkhidmatan Cloudnya tetapi hanya menghentikan ciri sync untuk galeri dan fail dan penyimpanan premium.

Untuk aplikasi Calendar, Contacts dan Notes, anda masih dapat sync kannya. So gais, dah boleh start slow-slow untuk backup data sebelum tarikh akhir ditutup.

[Sumber: Samsung Cloud]

 

Jom sertai contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist. Kolaborasi antara Tourism Malaysia dan BackPackerz. 

Untuk sertai peraduan, korang boleh tekan link ini – join contest Cuti-Cuti Malaysia Travel Wishlist.

Coldplay

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!