10 Mitos Kucing Hitam Dari Pelbagai Negara Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Baka

10 Mitos Kucing Hitam Dari Pelbagai Negara

Share

Kucing mempunyai pelbagai warna, selalunya yang kita lihat warna putih, coklat, kelabu dan oren. Perangai dan sikap kucing pun kita dapat agak melalui warna bulu sahaja. Sebagai contoh, perangai kucing berbulu oren sangat suka mengacau orang. Putih pula, disifatkan sebagai manja dan baik.

Tetapi kucing berbulu hitam mempunyai beberapa spekulasi. Ada yang mengatakan kucing berbulu hitam membawa tuah, ada juga yang takut dengan kucing hitam kerana malangnya. Jadi, ketahui mitos kucing bulu hitam di beberapa negara. Oh, mitos ini hanya kepercayaan sesetangah orang sahaja, tidak semestinya betul.

Indonesia

Mereka mempercayai jika kucing hitam melintas di hadapan mereka, urusan yang mereka ingin selesaikan pada hari tersebut tidak akan berjaya dan sia-sia. Selain itu, jika kucing hitam melangkah mayat atau jenazah, si mati akan hidup dengan roh jahat.

Jerman

Kepercayaan mereka mungkin sama dengan Indonesia. Tetapi mereka percaya jika kucing hitam melompat ke atas katil orang yang sedang sakit bermakna kematian individu tersebut sudah hampir. Mereka sangat berjaga-jaga jika ada kucing hitam di hospital!

India

Kepercayaan ini agak kejam, semoga tidak diteruskan lagi. Tapi jangan risau ia hanya mitos. Di India, mereka percaya jika ada roh yang tidak tenang atau terperangkap mereka perlu campakkan kucing hitam di dalam api untuk bebaskan roh.

China

Mereka percaya kucing hitam pembawa malang, kemiskinan dan mendatangkan penyakit.

Amerika Syarikat

Ini mitos kucing hitam di Amerika Syarikat. Jika mereka nampak kucing hitam di persimpangan jalan, mereka percaya bahawa mereka akan ditimpa nasib yang buruk. Sebab itu mereka cuba elak untuk nampak kucing hitam.

Rusia

Penduduk Rusia pula, jika ada kucing hitam melintas atau ternampak kucing hitam di depan mereka, mereka perlu patah balik sambil memegang salah satu butang baju yang mereka pakai supaya nasib malang tidak berlarutan.

United Kingdom

Kucing hitam bukan dianggap pembawa malang sahaja, ada negara yang menganggap kucing hitam membawa tuah. Jadi, kebanyakkan mereka akan menghadiahkan kucing hitam kepada pengantin baru supaya pasangan tersebut murah rezeki.

Jepun

Jepun pula menganggap kucing hitam adalah tuah dan kemakmuran. Kucing hitam dipercayai boleh menghapus aura negatif dan kejahatan di sekeliling mereka.

Eropah Utara

Kebanyakkan petani dari kawasan ini suka pada kucing hitam. Ini kerana kucing hitam dianggap pembawa rezeki. Mereka percaya jika kucing hitam bermain atau datang di ladang, hasil tanaman akan bertambah. Mereka percaya kucing hitam adalah jelmaan Dewa Rungis iaitu dewa menuai.

Mesir

Negara yang popular dengan piramid ini percaya bahawa kucing hitam berasal daripada seorang perempuan yang dikenali sebagai Dewi Bast atau dewi matahari.

 

 

 

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!