Kucing boleh kehilangan selera makannya disebabkan oleh banyak perkara. Kucing yang tidak berselera makan biasanya akan tampak lemah, pasif, dan tidak bersemangat.
Kucing yang tidak mahu makan akan membahayakan dirinya sendiri. Pelbagai penyakit yang akan timbul sehingga boleh menyebabkan kematian kepada kucing tersebut.
Pemilik kucing harus mengenalpasti punca kucing mereka hilang selera makan supaya dapat mengatasi masalah tersebut dengan segera.
Pelbagai punca yang menyebabkan kucing hilang selera makan seperti sakit, stres dan makanan yang tidak sesuai.
Berikut adalah punca-punca kucing hilang selera makan:
1. Masalah Pernafasan
Masalah pernapasan dapat memengaruhi daya bau kucing. Ini secara tidak langsung menyebabkan hilangnya nafsu makan. Bau adalah amat penting bagi kucing untuk mengenalpasti makanannya. Jika ia mempunyai masalah untuk menghidu, ia akan mempengaruhi selera makannya.
2. Sakit Gigi
Masalah gigi atau gusi boleh menjadi punca utama kucing tidak selera makan. Kucing yang sakit gigi tidak akan berasa selesa untuk mengunyah makanan kerana ia boleh menyebabkannya berasa sakit.

3. Masalah Pencernaan
Kucing yang mempunyai masalah pencernaan seperti bahagian perut, usus, pankreas, atau bahagian lain dari sistem pencernaannyacenderung untuk hilang selera makan kerana rasa yang tidak selesa pada perut mereka.
4. Terdapat Benda Asing Di Dalam Perut
Kadang-kadang, kucing gemar mengunyah dan makan benda-benda kecil di dalam rumah seperti getah, tisu dan lain-lain. Benda asing seperti ini boleh tersangkut di dalam perut atau ususnya dan boleh menghalang makanan dari melalui saluran pencernaan.
5. Penyakit Lain
Kehilangan selera makan adalah salah satu petanda utama bahawa kucing anda sakit. Kucing anda mungkin menghidap penyakit seperti jangkitan, kegagalan ginjal, pankreatitis, masalah usus, dan kanser.

6. Perubahan Rutin Atau Kawasan Baru
Kucing adalah haiwan yang mudah terkesan dengan perubahan. Jika ia berpindah ke kawasan baru atau anda menukar waktu makannya dengan drastik, ia mungkin memerlukan masa untuk membiasakan diri dengan suasana baru dan perubahan masa.
7. Stres
Kucing yang stres juga akan hilang selera makan. Pastikan anda mengenali tanda-tanda kucing stres dan apa yang menyebabkan kucing anda stres supaya anda boleh membantunya.
8. Vaksinasi
Kucing baru divaksin akan cenderung untuk hilang selera makan buat seketika. Ini adalah kesan sampingan yang normal dan sementara bagi kucing yang divaksin. Tetapi jika seleranya tidak datang juga walaupun selepas beberapa ketika, bawanya berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

9. Rasa Makanan
Walaupun kucing sudah biasa makan sesuatu jenama makanan selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, ia secara tiba-tiba boleh memutuskan untuk tidak suka lagi makanan itu. Kadang-kadang, pemilik kucing terpaksa berhabis banyak wang untuk bereksperimentasi dengan pelbagai jenama makanan sebelum menjumpai makanan yang disukai oleh kucing mereka.
10. Bentuk Dan Tekstur Makanan
Kucing juga amat mementingkan bentuk dan tekstur makanannya. Ada kucing yang sukakan makanan berbentuk segitiga, ada yang suka bentuk bulat, dan ada hanya akan makan makanan kering, ada yang hanya mahu makanan basah, sementara ada pula yang tidak kisah, asalkan ia diberi makan.