10 Tanda Kucing Bahagia Bersama Pemiliknya - Verst );

Type to search

Haimeow Cattiviti

10 Tanda Kucing Bahagia Bersama Pemiliknya

Share
Tanda Kucing Bahagia

Bagi pemilik kucing, ditemani oleh kucing mereka dan meluangkan masa bersama-sama sudah cukup membuatkan mereka berasa bahagia.

Tetapi, bagaimana pula dengan kucing itu sendiri? Pernahkah anda terfikir jika kucing anda bahagia bersama anda? Bagaimana caranya untuk mengetahui tanda kucing bahagia?

Berikut adalah 10 tanda-tanda kucing bahagia bersama pemiliknya:

1. Sentiasa menggeselkan kepala atau badannya

Kucing menggeselkan badannya ke manusia sebagai satu ‘penanda’ bahawa individu itu adalah miliknya. Ia adalah salah satu cara kucing untuk meninggalkan baunya di badan manusia. Kucing yang bahagia akan meninggalkan bau pada tuannya sebagai tanda pemilikan.

 

2. Mengurut

Kucing mengurut atau memicit-micit (kneading) menggunakan kaki hadapannya sebagai tanda ia selesa dan berasa selamat. Perbuatan mengurut ini adalah perbuatan yang sama ketika kucing kecil apabila kucing memicit-micit badan ibunya ketika menyusu.

3. Kelip mata perlahan-lahan

Menurut kajian, apabila kucing mengelipkan mata secara perlahan-lahan kepada manusia, ia menandakan kucing itu percaya dengan individu tersebut. Ia juga adalah tanda kucing untuk memberitahu “saya sayang awak”.

 

4. Suka berpelukan

Pelukan adalah tanda bahagia tidak kiralah bagi haiwan ataupun manusia. Jika kucing anda suka berpelukan atau duduk di atas badan anda, ia menandakan ia bahagia bersama anda. Selain itu, kucing yang tidur bersama tuannya juga adalah kucing yang bahagia.

 

5. Menyambut tuannya

Salah satu tanda kucing bahagia ialah apabila ia menyambut kepulangan pemiliknyanya. Ia menandakan kucing itu rindu akan tuannya dan menanti-nanti kepulangan pemiliknya.

6. Mengeluarkan bunyi ‘purr’

Kucing mengeluarkan bunyi purr ketika mereka berasa selamat dan selesa. Menurut kajian, bunyi purr adalah bagus untuk kesihatan manusia dan juga kucing itu sendiri. Jadi jika kucing anda mengeluarkan bunyi purr ketika bersama anda, ia sedang merasa bahagia.

 

7. Ekor ke atas

Ekor kucing juga adalah salah satu cara kucing untuk mengekspresikan perasaannya. Antara tanda kucing bahagia dan berasa gembira serta teruja ialah apabila ekornya menegak ke atas dan hujung ekornya sedikit bengkok.

8. Selera makan normal

Salah satu tanda kucing bahagia adalah ia mempunyai selera makan yang normal manakala kucing yang tiada selera makan mungkin menandakan ia stres atau dalam kesakitan.

 

9. Najisnya normal

Perhatikan najis kucing anda. Jika najisnya tidak normal, berkemungkinan ia sakit atau ia sedang stres. Selain itu, jika ia tidak mahu menggunakan bekas najis dan membuang najis merata-rata, itu adalah tanda ia tidak gembira.

 

10. Sentiasa mahu bermain

Jika kucing anda aktif dan sering mahu bermain tidak kiralah bersama anda atau kucing lain, ia menunjukkannya sedang bahagia. Apabila kucing bahagia, mereka tiada masalah untuk bersosial.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!