10 Tips Hidup Bersama Dengan Kucing Buta Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

10 Tips Hidup Bersama Dengan Kucing Buta

Share

Seperti manusia, kucing juga boleh dilahirkan buta atau dengan masalah penglihatan. Kucing juga boleh kehilangan deria penglihatan akibat penyakit atau kemalangan yang menimpa mereka. Namun, kucing buta juga boleh menjalani kehidupan yang ceria dan bahagia seperti kucing-kucing yang lain.

Kucing secara asasnya adalah haiwan yang pandai berdikari dan perkara ini tidak terkecuali bagi kucing buta. Mungkin ramai yang berpendapat bahawa kucing buta memerlukan perhatian yang sangat teliti dan adalah sukar dan leceh untuk membela seekor kucing yang buta.

Memang benar kucing buta memerlukan perhatian yang lebih dan penjagaan berbeza daripada kucing yang tidak buta, tetapi kucing buta sebenarnya boleh menjalani kehidupan seharian yang normal seperti kucing-kucing lain kerana mereka boleh bergantung kepada deria pendengaran dan bau.

Jika anda mempunyai kucing buta, anda tidak perlu pantau atau risau akan keadaannya 24/7, anda hanya perlu sediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai untuknya.

Letakkan Bekas Makanan, Minuman Dan Bekas Najis Di Satu Kawasan

Adalah penting untuk anda meletakkan ketiga-tiga bekas penting ini di kawasan yang sama, tetapi jangan pula anda letakkan bekas makanan dan minumannya bersebelahan dengan bekas najis.

Satu lagi perkara, jangan ubah tempat atau kedudukan kesemua bekas ini dan biarkan di tempat yang sama supaya mudah untuk kucing buta jumpa.

Manfaatkan Deria Baunya

Anda boleh bantunya ‘melihat’ menggunakan deria baunya dengan menandakan kawasan-kawasan atau objek-objek dengan bauan tertentu.

Jangan gunakan minyak pati (essential oil) kerana ia bahaya pada paru-paru kucing dan mengandungi toksik.

Lindungi Daripada Kawasan Yang Bahaya

Anda boleh melindungi kucing buta daripada bahaya dengan membalut atau menutup bucu-bucu yang tajam dengan pembalut dan memasang pagar di kawasan tanga supaya ia tidak terjatuh.

Elakkan Daripada Merubah Kedudukan Perabot

Kucing buta menghafal kawasan rumah di dalam otak mereka, jadi jika anda merubah kedudukan perabot, ia akan mengelirukan mereka.

Kucing buta masih menjalani kehidupan seperti kucing biasa dan turut melompat di atas kabinet atau almari serta berlari-lari di dalam rumah. Jika anda merubah kedudukan perabot, mereka mungkin akan terjatuh atau terlanggar perabot-perabot di dalam rumah.

Letakkan Loceng Pada Haiwan Atau Kucing Lain

Jika anda mempunyai haiwan atau kucing lain di rumah, pasangkan loceng pada mereka supaya boleh menjadi panduan untuk kucing buta dan supaya kucing buta tidak terkejut jika mereka tiba-tiba datang ke arahnya.

Gunakan Suara Untuk Bimbing Kucing Buta

Anda akan perasan perubahan pada personaliti dan tingkah laku kucing yang buta. Kucing buta mungkin akan menjadia sedikit manja atau clingy – mereka akan menganggap anda sebagai pembimbing mereka dan akan sentiasa berdekatan dengan anda dan sentiasa mengikut anda.

Jadikan kebiasaan untuk bercakap dengannya setiap masa supaya terutamanya ketika anda masuk atau keluar bilik supaya ia boleh mengesan anda.

Jangan Berhenti Bermain Dengannya

Kucing buta juga memerlukan masa untuk bermain seperti kucing yang tidak buta. Gunakan alat permainan yang mengeluarkan bunyi seperti bola yang mempunyai loceng untuk bermain dengannya.

Jangan Terkejutkan Kucing Anda

Kucing buta mudah terkejut atau tersentak kerana mereka tidak dapat melihat apa yang berlaku di sekitarnya. Jika anda mahu mendekati atau mengangkat kucing buta, tegurnya dahulu supaya ia tahu anda berada berdekatan dengannya. Jangan tiba-tiba menyergahnya kerana ia akan terkejut dan boleh bertindak agresif.

Jika anda mengangkat kucing buta, letakkannya kembali di tempat yang ia kenali supaya ia tahu di mana ia berada.

Kenalkan Kepada Rumah Baru Beransur-ansur

Jika anda berpindah rumah, letak mereka di sebuah bilik kecil dahulu sehingga ia sudah biasa dan lepaskan mereka ke kawasan lain di rumah secara beransur-ansur.

Jangan Biarkan Ia Di Luar Tanpa Pengawasan

Jika kucing buta anda sebelum ini adalah kucing outdoor, pastinya ia akan merindui suasana luar dan mahu bermain di kawasan luar rumah sekali sekala. Ia mungkin akan berasa tidak bebas jika anda hanya menurungnya di dalam rumah.

Tidak salah sebenarnya untuk anda membiarkan kucing buta bermain di luar, anda harus memantaunya setiap masa dan pastikan ia hanya bermain di dalam kawasan rumah.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Stories

error: Content is protected !!