11 Cara Kucing Ucap 'I Love You'

Type to search

Haimeow Cattiviti

11 Cara Kucing Ucap ‘I Love You’

Share
Kucing

Kucing seringkali disalah sangka sebagai haiwan yang tidak tahu untuk menunjukkan kasih sayang.

Sebenarnya, kucing menunjukkan kasih sayangnya dengan cara yang berlainan. Kucing mempunyai ‘love language’nya tersendiri yang harus difahami menurut bahasa badan mereka.

Berikut adalah cara-cara kucing ucap ‘I love you’ pada anda:

1. Menjilat anda

Walaupun lidah kucing agak kasar, tapi best rasanya kena jilat dengan diorang kan?

 

2. Mengurut

Kena urut memang best, tapi kalau dia keluarkan kuku, fuhhh…

 

3. Gigitan manja

Tapi ada sesetengah kucing dia punya gigitan manja macam nak putus jari

 

4. Sentiasa memerhatikan/spy pergerakan anda

Kadang-kadang comel, kadang-kadang boleh jadi seram

 

5. Duduk di atas anda

Lagi-lagi kat atas muka, masa kita tengah tidur…

 

6. Bawa pulang ‘hadiah’

Kadang-kadang tu tikus hidup yang dia bawak balik

 

7. Mengiau apabila bertemu anda

Kadang-kadang sampai tengah pagi buta dia mengiau waktu anda tidur.

 

8. Purr ketika berada bersama anda

Tak dapat dinafikan bunyi kucing adalah bunyi paling menenangkan bagi pencinta kucing

 

9. ‘Show off’ perutnya di hadapan anda

Perut merupakan kawasan sensitif kucing, jadi jika ia membenarkan anda membelai perutnya, anda memang istimewa!

 

10. Suka ‘menanduk’ anda

Jika ia gemar menggosok-gosok kepala dan badannya pada anda, itu adalah tanda ia ‘menanda’ anda sebagai miliknya

 

11. Kelip mata dengan perlahan

Jika anda dan kucing anda saling memerhatikan antara satu sama lain dan ia perlahan-lahan mengelipkan mata, itu tanda kucing anda sedang berkata “I love you!”

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!