20 Tanda Anda Perlu Bawa Kucing Anda Ke Vet Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

20 Tanda Anda Perlu Bawa Kucing Anda Ke Vet

Share
Kucing

Jika kucing sakit, mereka kebiasaannya tidak akan memberikan apa-apa isyarat kepada anda untuk memberitahu bahawa mereka sedang sakit.

Sebagi pemilik, anda harus sentiasa memerhatikan kucing anda dan ‘membaca’ tanda-tanda yang mereka tunjukkan.

Berikut adalah tanda-tanda kucing anda sedang sakit.

Walaupun kucing yang menagalami cirit-birit berkemungkinan disebabkan pemakanan, ada kalanya ia mungkin adalah petanda ia diserang virus, bakteria atau cacing. Jika cirit-birit berterusan selama beberapa hari, bawa si bulus berjumpa vet.

Jika kucing hilang selera makan, terdapat kemungkinan ia diserang penyakit dalaman. Jadi, bawa kucing anda berjumpa vet untuk diagnosis masalah yang dihadapinya.

Adalah normal kadang kala kucing berasa malas dan sentiasa tidur sepanjang hari. Namun, jika kucing anda sentiasa dalam keadaan lemah dan lesu, terdapat kemugkinan ia diserang kuman atau dijangkiti penyakit.

Perhatikan sama ada kucing anda muntah hairball atau disebabkan tercekik. Jika bukan, terdapat kemungkinan ia adalah disebabkan penyakit yang dialaminya.

Kucing yang sentiasa dahaga kemungkinan diserang penyakit buah pinggang, kencing manis atau jangkitan pundi kencing.

Kehilangan berat badan secara mendadak petanda bahaya bagi kesihatan kucing anda. Bawanya berjumpa vet untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Pendarahan sama ada pada anggota badannya atau di najisnya adalah satu petanda anda perlu bawanya berjumpa vet kerana ia boleh jadi disebabkan sesuatu yang serius.

Jika kucing anda tiba-tiba sentiasa moody dan cepat marah, mungkin ada sesuatu yang mengganggunya atau ia sedang berlawan dengan kesakitan.

Jika kucing anda menghidap asma terutamanya ketika ia masih kecil, bawanya berjumpa vet. Vet akan membantu anda merawat dan akan memberi konsultansi mengenai cara penjagaannya.

Jika kucing anda batuk dan bukan disebabkan oleh hairball atau tercekik, ia adalah mungkin kucing anda dijangkiti bakteria atau penyakit.

Jika mata dan hidung kucing anda berlendir, ia mungkin adalah petanda bahawa kucing anda diserang jangkitan saluran pernafasan, pneumonia, alergik atau conjunctivitis.

Terdapat beberapa sebab mengapa kucing anda keguguran bulu, antaranya adalah alergi, jangkitan dan gangguan endokrin. Bawanya berjumpa vet untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Masalah overgrooming mungkin disebabkan kucing anda gatal atau mempunyai masalah kulit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Overgrooming juga boleh menyebabkan kulit kucing anda luka dan bulunya gugur sehingga botak pada kawasan yang tertentu.

Kucing mengiau untuk mendapatkan perhatian daripada pemiliknya. Jika ia tiba-tiba mengiau dengan kerap, ia mungkin cuba memberitahu bahawa ia sedang dalam kesakitan.

Tahukah anda, kira-kira 75% kucing berusia lebih daripada 3 tahun mempunyai masalah berkaitan gigi. Nafas yang berbau adalah petanda yang pertama kucing anda mempunyai masalah tersebut.

Jika kucing anda menghadapi masalah untuk melompat, ia mungkin disebabkan oleh sakit otot, arthritis, tulang patah atau ligamen yang koyak. Pantau keadaannya dan jika ia berterusan bawanya berjumpa vet.

Jika anda mendapati kucing anda membengkak di mana-mana kawasan badan atau mukanya, bawanya berjumpa vet untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Gusi kucing seharusnya berwarna merah jambu. Gusi yang pucat adalah petanda bahawa kucing tidak mendapat oksigen atau zat besi yang mencukupi.

Jika kucing anda diserang sawan, bawanya segera berjumpa vet kerana ia mungkin menghadapi masalah yang serius.

Suhu normal kucing adalah antara 38 hingga 39.2 darjah celsius. Kucing yang demam berkemungkinan dijangkiti bakteria atau virus.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!