3 Fakta Menarik Misai Kucing - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

3 Fakta Menarik Misai Kucing

Share

Mata kucing, walaupun tajam dan mempunyai banyak keistimewaan, mempunyai batas-batas tertentu bergantung kepada keadaan dan situasi semasa. Contohnya, mata kucing mempunyai kesukaran untuk fokus pada objek yang sangat dekat dengan mereka.

Jadi, ketika inilah misai mereka memainkan peranan. Misai mereka dapat membantu sewaktu memburu dengan menentukan pergerakan mangsa yang ditangkap di cakarnya. Misai mereka juga membantu menentukan jika mangsa mereka berada dalam kedudukan yang tepat untuk ‘gigitan maut’. Misai pada kening kucing boleh melindungi mata apabila mereka memburu di kawasan berumput atau lebat. Ia akan menjadi pelindung supaya mata tidak tercucuk oleh kayu atau objek lain. Berikut adalah fakta menarik tentang misai kucing.

Misai Kucing

1. Misai kucing boleh mengesan pergerakan angin

Misai kucing amat sensitif kerana ia dapat mengesan perubahan dalam arus udara, yang membantu mereka bergerak dalam gelap. Di dalam rumah, keupayaan kucing untuk merasakan aliran udara di sekeliling objek membantu mereka mengelakkan daripada terlanggar sesuatu objek. Di luar rumah pula, misai kucing dapat menentukan perubahan di udara di sekitar mereka dan dapat membantu mereka melarikan diri daripada pemangsa atau memburu.

2. Misai yang sensitif

Kawasan sekitar misai kucing anda mempunyai bekalan saraf dan darah. Ini menjadikan misai mereka sangat sensitif. Oleh itu, misai kucing tidak boleh dipotong atau ditarik dan jika anda berbuat demikian, itu adalah perbuatan yang kejam dan boleh menyebabkan kesakitan yang besar. Sesetengah misai kucing sangat sensitif sewaktu makan atau minum dari mangkuk kecil kerana jika misai mereka menyentuh sisi mangkuk, ia boleh menyakitkan mereka. Pilihan yang lebih baik adalah mangkuk atau bekas yang lebih luas. Misai kucing boleh gugur, tetapi jangan risau kerana ia akan tumbuh semula.

3. Misai Kucing membantu untuk mengukur ruang

Terdapat empat baris misai pada setiap sisi muncung kucing; dua baris teratas boleh bergerak secara bebas dari dua baris bawah. Kerana misai pada muncung kucing hampir sama dengan lebar badannya, ia membantu untuk menentukan seluas mana ruang jalan. Apabila kucing meletakkan kepalanya melalui pembukaan lorong atau jalan, mereka memeriksa persekitaran sambil melakukan “pemeriksaan misai” secara serentak untuk melihat adakah mereka boleh menembusi lubang berkenaan. Sekiranya misai tersekat di sisi lubang, kucing tahu bahawa badannya tidak akan muat untuk melaluinya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!