3 Sebab Kenapa Kucing Suka Tempat Tinggi - Verst Haimeow );

Type to search

3 Sebab Kenapa Kucing Suka Tempat Tinggi

Haimeow Cattiviti Cerita

3 Sebab Kenapa Kucing Suka Tempat Tinggi

Avatar
Share

Mesti anda semua pernah melihat mahupun mengalami situasi dimana kucing anda memanjat tempat tinggi, tidak kira di atas atap rumah ataupun pokok yang tinggi.

Kadang-kadang tu sampai terpaksa panggil bomba untuk tolong turunkan mereka sebab mereka tidak tahu untuk turun ataupun lompat.

1. Naluri Kucing

Sudah menjadi naluri dan fitrah mereka sebagai seekor kucing untuk memanjat pokok. Ini kerana mereka secara aslinya merupakan pemburu jadi dengan memanjat tempat yang agak tinggi mereka boleh mengesan dan mencari mangsa mereka.

Kucing, Hewan, Ikan Kembung, Licik

2. Keselamatan

Mereka memanjat tempat tinggi adalah untuk melarikan diri dan mencari tempat yang selamat dari pemangsa mereka atau bahaya. Mereka akan merasa nyaman dan selamat kerana tiada pemangsa yang akan ikut mereka ke tempat tinggi.

3. Tempat bersantai

Kucing juga inginkan kesenangan dan waktu untuk mereka bersantai. Di tempat tinggi mereka boleh melihat permandangan dari atas dan ia berbeza degan pemandangan mereka selama ini.

Kucing, Licik, Hewan, Hewan Peliharaan

Namun perlu diingatkan bahawa kita perlulah menjaga mereka dan memastikan mereka selamat naik dan turun. Kita janganlah menghalang mereka untuk menaiki tempat tinggi kerana ia mungkin sebagai tempat mereka melepaskan stres dan gangguan. Jika ada apa-apa seeralah telefon pihak bomba untuk dapatkan bantuan.

Sumber: Themamamiaow, Sibinatang.com

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!