4 Cara Pujuk Si Bulus Merajuk Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

4 Cara Pujuk Si Bulus Merajuk

Share

Ish bukan orang je pandai merajuk, si bulus pun merajuk. Macam mana nak pujuk ni? Kucing kalau merajuk memang comel, ada sampai sembunyi bawah sofa, dalam almari dan macam-macam gelagat lagi.

Haimeow pernah senaraikan tujuh perkara menyebabkan kucing marah dan merajuk. Hanya tuan kucing saja tahu apa yang si bulu ni suka dan tidak suka. Bila kucing dah merajuk, pastikan anda pujuk. Takut nanti si bulus hilang kepercayaan pada anda dan tidak mesra. Jangan main-main kalau kucing merajuk!

Kenapa Merajuk

Sebelum pujuk, ingat semula apa yang anda dah buat sampai si comel merajuk. Anda tinggalkan dia sendirian di rumah terlalu lama? Lupa nak sediakan makanan? Termarah? Terpijak ekor? Tak bawa jalan-jalan? Semua tu anda kena ingat. Untuk memujuk, bawalah kucing anda ke taman atau banyakkan masa bermain dengan dia. Lama-lama nanti okaylah tu.

Jangan Paksa

Bagi kucing masa untuk bertenang. Kalau anda tengah marah, masa itu juga ada orang pujuk, mesti lagi sakit hati, kan? Kucing pun ada perasaan yang sama. Jadi, biarkan mereka bertenang, menyendiri dan redakan kemarahan. Bila nampak dah okay, barulah anda pujuk dan cium-cium.

Hidang Makanan Favourite

Lebih kurang macam manusia juga kalau merajuk je mesti pujuk dengan makanan. Masak sedap-sedap atau bawa ke tempat makan kegemaran. Samalah dengan si bulus anda. Kalau merajuk, bagi je makanan kegemaran dia. Kalau si bulus suka makanan basah, hidangkan makanan kesukaan dalam dua tiga hari. Pasti terpujuk hati dia. Yummy!

Belaian Kasih Sayang

Anda mesti sudah tahu bahagian kelemahan kucing adalah kepala dan leher. Lepas sudah bagi makan dan sesi pujuk-memujuk. Belai dia sehingga dia tak mampu melawan. Kucing hanya perlukan perhatian anda walaupun dia tidak pernah tunjuk dia sayangkan tuannya. Kalau dah merajuk, tanda sayanglah tu.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll Up
error: Content is protected !!