4 Perangai Pelik Si Meow - Verst Haimeow );

Type to search

4 Perangai Pelik Si Meow

Haimeow Cattiviti

4 Perangai Pelik Si Meow

Farhana Syahirah
Share

Kucing boleh menjadi pelik. Dorang melakukan perkara seperti menguli pada selimut seolah-olah membuat adunan roti, memukul korang berulang kali dengan kepala mereka untuk dapatkan perhatian korang.

Bukan itu saja, si bulus kadang-kadang akan berlari tak ingat dunia dalam rumah atau tetiba je letak punggung dia kat muka korang masa tengah baring tanpa sebab. Walaupun kucing melakukan banyak perkara pelik yang tidak masuk akal bagi kita, menurut pakar, tingkah laku ini sangat masuk akal bagi kucing.

Bump Kepala Dekat Kita

Apabila si bulus melenturkan kepala dekat korang, itu menunjukkan tanda sebagai kasih sayang. Si bulus selalunya akan menggosok pheromone pada objek dan orang yang dorang tuntut sebagai hak milik mereka

Kepala, pipi dan leher juga merupakan tempat paling selesa bagi kucing untuk menerima belaian manja korang, jadi ini boleh menjadi tawaran untuk interaksi yang positif bagi si bulus korang.


Suka Mengurut

Salah satu tingkah laku yang paling biasa dan misteri yang sering disaksikan oleh pemilik kucing adalah mengurut. Kadang sedap je dia urut kaki kita kalau tengah sedap duduk atau masa kita tengah baring.

Kadang bingung kenapa tiba-tiba si bulus macam tu. Jangan risau, itu tandanya si bulus korang menandakan yang dia tengah kepuasan.

Mesti korang pernah tengok anak kucing masa tengah menyusu badan, mesti dia akan urut perut mak dia untuk keluarkan susu lagi. Jadi pengalaman itu berkait dengan kepuasan yang si bulus korang dapat masa luangkan masa dengan korang,

Buat Bunyi Pelik Bila Tengok Luar Tingkap

Kadang korang perasan tak kalau si bulus korang buat bunyi pelik bila tengok luar tingkap? Si bulus akan mula mengetap giginya dan mengeluarkan sedikit suara kicauan ketika dia menatap “mangsanya” dengan penuh perhatian.

Menurut Jill Goldman, PhD , pakar perilaku haiwan mengatakan yang perbuatan ini adalah salah satu daripada 12 suara vokal yang dibuat oleh kucing. Fungsinya tidak pasti, tetapi mungkin pergerakan rahang yang menentukan adalah rekreasi dari tindakan yang digunakan si bulus untuk membunuh mangsanya.”

Melompat Bila Korang Letak Timun Dekat Sebelah

Korang mesti pernah tengok video viral kelakar kucing akan melompat setiap kali letak timun dekat sebelah. Dan membuatkan korang tertanya kenapa si bulus takut sangat dengan timun.

Kadang penulis juga pernah bergurau dengan letak tali panjang dan buat bunyi “Ssss”, terus si bulus terperanjat dan lari lintang pukang. Mungkin itu salah satu tanda yang kucing sangat takutkan benda dibawah sedarnya.

Jadi mungkin si bulus ingatkan tali atau timun tersebut adalah ular yang membuatkan mereka berlari dari situ.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!