4 Sebab Mengapa Bela 2 Ekor Kucing Lebih Baik Dari Seekor - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

4 Sebab Mengapa Bela 2 Ekor Kucing Lebih Baik Dari Seekor

Share

Membela kucing bukanlah perkara yang mudah. Ia memerlukan komitmen yang tinggi, kewangan yang stabil serta kesabaran yang tinggi untuk menuruskan si bulus.

Untuk membela dua ekor kucing atau lebih sekaligus, ia memerlukan dua kali ganda perkara-perkara tersebut.

Ada yang berpendapat bahawa mereka tidak bersedia dengan ‘bebanan’ untuk membela lebih dari seekor kucing, justeru, mereka merasakan bahawa satu sudah cukup.

Tetapi, ada banyak manfaat sebenarnya terutamanya kepada emosi si bulus jika anda membuat keputusan untuk membela lebih dari seekor kucing.

1. Mengelakkan kesunyian dan stres

Kucing yang bersendirian akan berasa kesunyian kerana mereka tidak mempunyai teman bermain. Ini boleh menyumbang kepada perasaan stres yang mampu menggugat kesihatan mereka.

Dengan adanya rakan, mereka akan menjadi lebih aktif dan riang dan tidak merasa bosan sepanjang hari, terutamanya ketika pemilik pergi ke tempat kerja dan meninggalkan kucing sendirian.

2. Kucing akan lebih mudah mengenali sesama sendiri dari kecil

Kucing yang telah mengenali antara satu sama lain sejak kecil, dan datang dari usia yang sama lebih mudah untuyk berinteraksi sesama mereka. Malah kucing dewasa juga lebih mudah untuk menerima kehadiran kucing kecil.

Jika anda mengambil anak-anak kucing dari kawasan yang berlainan, biasanya anda akan dapat melihat anak-anak kucing yang anda ambil bergaul sesama sendiri.

Jika anda menjaga dua anak kucing sekaligus, mereka akan menjadi lebih rapat dan tidak akan merasa terancam terhadap satu sama lain kerana mereka telah terbiasa dengan satu sama lain sejak dari kecil.

3. Mengambil dua ekor anak kucing sekarang lebih mudah dari memperkenalkan ahli baru di masa akan datang

Jika ada terlintas untuk mengambil kucing lain di masa hadapan, adalah lebih baik untuk anda terus ambil dua ekor di masa sekarang. Kucing adalah haiwan yang amat sensitif terhadap perubahan persekitaran, jadi tidak mudah untuk anda memperkenalkan kucing lain di masa hadapan.

Perkenalan akan mengambil masa yang lama atau mungkin anda tidak dapat membantu mereka menyesuaikan diri terhadap satu sama lain walaupun sudah lebih setahun. Jadi, adalah lebih baik untuk anda mengambil dua kucing dari awal.

4. Dapat mengurangkan re-homing stress

Pernahkah anda mendengar tentang ‘mengambil selimut’ dari rumah yang lama bersama kucing dapat mengurangkan tekanan di tempat baru? Lupakan mengenai ‘selimut’ itu.

Ambil kucing yang menjadi teman sepermainannya bersama anda, kerana ia jauh lebih berkesan dalam mengurangkan tekanan di tempat baru. Mereka akan merasa lebih selamat dan kurang tertekan di tempat baru apabila bersama rakan mereka.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!