4 Simptom Alergi Kucing Dan Cara Mencegah Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan

4 Simptom Alergi Kucing Dan Cara Mencegah

Share

Sesetengah orang bukan tidak suka pada kucing tetapi mempunyai alergi pada haiwan berbulu. Alergi bulu haiwan bukan perkara yang remeh, ia melibatkan reaksi sistem kekebalan tubuh seseorang.

Tahap alergi seseorang bergantung kepada imun badan, ada yang boleh baik dalam sehari atau mungkin perlu ke hospital. Banyak gelaja alergi bulu kucing, antaranya:

Bersin

Perkara paling mudah untuk tahu adakah anda alergi kucing atau tidak adalah bersin. Bila anda mendekati atau didekati kucing, anda akan bersin. Bulu kucing yang menyebabkan anda bersin tanpa henti. Jauhkan diri dari kucing dan bersin akan hilang secara beransur-ansur.

Gatal-Gatal

Bila anda sentuh kucing, anda akan rasa gatal terutama di bahagian mata atau hidung. Kesan ini boleh terjadi dengan cepat atau beberapa jam selepas anda bersentuhan kucing.

Bengkak

Bengkak mata juga adalah salah satu tanda alergi pada kucing. Pada permulaan mata hanya rasa gatal dan lama-kelamaan akan membengkak. Bengkak boleh surut dengan sendiri atau perlu mengambil ubat yang disaran oleh doktor.

Anafilaksis

Ini kesan paling bahaya. Kesan ini berlaku apabila seseorang sesak nafas dan perlu segera ke hospital untuk rawatan lanjut. Ada juga yang boleh membawa maut. Hati-hati ya!

Cara Mencegah

Jika anda tahu anda adalah seorang yang alergi kucing atau haiwan berbulu seeloknya elak memelihara apa-apa haiwan berbulu.

Tetapi jika anda mampu menangggung risiko, pastikan anda sediakan tempat khas si bulus bermain dan melakukan aktiviti harian.

Pastikan si bulus tidak masuk ke bilik tidur. Jangan sesekali membenarkan kucing anda mendekati pakaian, cadar, bantal, selimut dan perabot kerana material kapas mudah memerangkap bulu kucing.

Kemas barang dan peralatan rumah sebersih-bersihnya. Elakkan memakai karpet. Cuci cadar dan selimut sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Pengudaraan yang baik juga membantu mengurangkan kesan alergi kucing.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!