4 Tanda Kenali Mood Si Bulus Melalui Bahasa Tubuh & Ekor
Share

Kucing merupakan makhluk yang bernyawa, sama seperti manusia tapi hanya mengekspresikan kemahuan mereka melalui bahasa tubuh atau gerak geri sahaja.
Bagaimana anda ingin tahu mood si bulus jika mereka hanya boleh ‘mengiau’?
Mood kucing mempunyai beberapa isyarat fizikal tetapi ia mungkin akan berbeza bergantung pada situasi.
Sebagai contoh, melalui ekor kucing memberikan beberapa tanda yang agak mudah untuk pemilik mengetahui perilaku mereka.

Jadi, untuk mengelakkan anda ‘berkungfu’ dengan kucing kesayangan, pemilik harus menguasai bahasa tubuh dan memahami lenggok ekor mereka.
Ekor mengembang
Ekor kucing yang berada dalam pergerakan mengembang bermakna mereka dalam situasi terancam. Kucing akan mengembangkan ekornya untuk kelihatan lebih besar dari pengancam atau pemangsa.

Ekor lurus tegak
Kucing yang dalam mood gembira atau berasa selesa, pasti ekornya akan menegak lurus ke atas. Jika saat itu anda bersama mereka, kemungkinan mereka akan menyapa anda dengan ekor tegak lurus untuk mengatakan mereka senang bersama anda.
Jangan tersilap membaca gerak geri kucing. Adakalanya kucing sangat mudah untuk dijinakkan tetapi harus diingatkan mereka boleh bertukar menjadi ‘raksasa comel‘ jika anda salah percaturan!
Jadi alangkah bagusnya jika anda perhatikan isyarat fizikal mereka serta situasi yang berlaku, kerana ini akan memudahkan anda untuk membezakan emosi serta mood haiwan comel ini.

Merendahkan badan & mengibas ekor
Bagi kucing yang merendahkan tubuh sambil mengibas ekornya, ia sedang menunjukkan mereka sedang fokus pada sesuatu objek atau serangga seperti lipas dan cicak.
Tanda tubuh ini biasanya terjadi sebelum kucing ingin menerkam sesuatu sama ada ketika bermain atau memburu.
Namun bahasa tubuh ini juga boleh berubah menjadi agresif atau mood menyerang bergantung pada konteks.
Goyangkan ekor
Untuk tubuh kucing yang menggetar atau menggoyangkan ekornya di udara menandakan mereka dalam keadaan bersemangat atau bahasa mudah excited!
Selalunya bahasa tubuh ini terjadi sebelum mereka tahu masa untuk makan atau pemilik nak belanja ganjaran (treat) untuk haiwan peliharaan di rumah.
Apa apa pun, jangan lupa berikan kucing anda nama yang sesuai dan biasakan memanggil mereka dengan nama yang diberi.
Elakkan memanggil si comel di rumah dengan panggilan ‘meow‘ sahaja. Macam manusia juga, jika seseorang memanggil kita dengan nama yang asing, pasti anda tidak akan toleh serta merta
Alahai rindu pulak kucing saya dekat kampung.
Kucing kat kampung pun rindu awak