4 'Trick' Buat Si Bulus Yang Pemalas Kembali Aktif - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

4 ‘Trick’ Buat Si Bulus Yang Pemalas Kembali Aktif

Ain Huda
Share

Masa kecil si bulus sangat aktif bermain, melompat, berlari hingga bersepah satu rumah. Tapi bila dah semakin besar, pergerakan semakin sikit, selalu tidur dan membosankan.

'; var elF = document.createElement('iframe'); elF.id = 'passb'; elF.width = '100%'; elF.height = '250px'; elF.frameBorder = '0'; elF.scrolling = 'no'; elF.marginWidth = 0; elF.marginHeight = 0; elF.src = 'javascript:false'; p.insertBefore(elF, par); var d = elF.contentWindow.document; d.open(); d.write(htmlcode); d.close(); } };

Sebelum si bulus menghidapi masalah obesiti, lebih baik anda ajak mereka bersenam. Tapi masalah si kucing tetap malas. Cuba cara ini buat kucing anda bergerak. Mesti boleh!

Rumah Untuk Bermain

Sediakan tempat kucing anda bermain. Jika tempat permainan kucing mengeluarkan kos yang banyak, anda boleh DIY tempat mereka bermain. Sediakan tempat memanjat, melompat, menyorok dan berlari. Mungkin anda boleh gunakan bahan terpakai, kayu atau apa sahaja yang boleh si bulus anda kembali aktif.

Bersiar-Siar

Bawa kucing bersiar-siar bukan sahaja untuk bagi makan rumput tapi untuk hilangkan rasa bosan di rumah. Keadaan rumah yang sama membuatkan kucing sudah puas ‘explore‘. Oleh sebab itu kucing lebih banyak tidur dari bermain. Bawa si bulus anda keluar ke taman untuk ‘refresh‘ dan ‘berkenalan’ dengan persekitaran.

Main Laser

Gunakan laser untuk buat si bulus bergerak. Cahaya merah dari laser akan menarik perhatian kucing untuk menangkap. Tuan kucing pun tak perlu banyak bergerak, duduk saja di kerusi dan gerakkan saja laser. Mudahkan?

Benang

Kalau tak ada laser, anda boleh cuba guna benang kait. Lempar benang ke arah kucing untuk menarik minat si bulus. Tarik semula benang dan lempar. Ulang beberapa kali supaya kucing anda bergerak.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!