5 Berita Kucing Yang Pernah Viral Di Malaysia Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

5 Berita Kucing Yang Pernah Viral Di Malaysia

Share

Sempena berbaki dua bulan sebelum kita mendekati tahun yang baru, penulis teringin untuk senaraikan beberapa berita kucing yang pernah tular dan gemparkan satu Malaysia tahun ini.

Berita-berita tentang kucing ini pastinya akan menggamit memori korang. Ada juga berita yang pastinya buatkan hati nurani korang rasa runtun juga. Jadi, jom kita scroll and throwback sama-sama.

1. Akak Lari Bawa Kucing


4 bulan yang lepas, tertular satu video seorang gadis yang berlari membawa kucingnya di salah satu RnR di Malaysia. Ketika itu, Buletin Utama TV3 sedang menyiarkan footage untuk laporkan berita mengenai penguna lebuh raya patuh SOP dan jaga kebersihan. Memang selepas tertularnya video itu, gadis tersebut telah menjadi meme dan Malaysian sangat terhibur.

2. Kucing Maut Dalam Mesin Dobi


Bila tengok berita ini, rasa marah, kasihan, bengang dan sedih bercampur baur bila mengenangkan nasib tiga ekor bulus tersebut yang maut dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi 24 jam di Desa Aman Puri, Kepong. Walau bagaimanapun, penjenayah tersebut telah diambil tindakan di bawah Subseksyen 29(1)(e), Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772], iaitu dengan kejamnya menyebabkan kesakitan dan penderitaan yang tidak sepatutnya dekat bulus-bulus itu.

3. Mitos Kucing Penyebar Covid-19


Masa mula-mula tersebarnya mitos ini, kes membuang kucing di jalanan meningkat naik awal tahun ini sebab takut berjangkit. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) sampai terpaksa keluarkan kenyataan lah yang si bulus korang bukan pembawa, tapi kita as human ni lagi bahaya sebab kita mungkin pembawa untuk si bulus kita.

4. Si Bulus Tersekat Di Sinki


Masa berita ini tersebar di Astro Awani, ramai yang kasihan dan simpati bila tengok anak bulus tersepit di lubang sinki. Paling buat kita risau, bila anak kucing ini terpaksa menahan kesakitan hampir seharian. Bayangkan. Tapi di akhir cerita, nasib abang Bomba ada dan si bulus itu telah berjaya diselamatkan tanpa mengalami luka atau kecederaan.

5. Kucing Kena Bakar


Dalam kebanyakan berita, berita ini memang mendapat perhatian penuh bagi pencinta kucing dan satu Malaysia. Masa ini memang semua orang marah dengan pelaku yang kejam ini sehinggakan Persatuan Haiwan Malaysia (Malaysia Animal Association) menawarkan ganjaran RM10,000 kepada mana-mana individu atau kumpulan yang mempunyai maklumat mengenai insiden membakar kucing supaya tampil membantu siasatan. Buat masa kini, suspek masih belum ditemui.

Jadi, berita mana yang mendapat perhatian korang? Jom kongsikan di Hai Meow.

Tags:
Farhana Syahirah

Sejenis ulat buku. Gemar berkongsi cerita, hidden knowledge, dan sisi menarik kepada pembaca.

  • 1

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!