5 Langkah Mudah Mandikan Si Bulus - Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cattiviti

5 Langkah Mudah Mandikan Si Bulus

Avatar
Share

Memandikan kucing adalah satu proses yang sukar dan memakan masa keranan sifat kucing itu yang takutkan air.

Kebanyakan kucing akan meronta-ronta untuk mengelakkan daripada dibasahkan.

Anda bernasib baik jika kucing anda tidak meragam apabila dimandikan. Kucing yang didedahkan dengan mandian sejak dari kecil akan kurang melawan berbanding kucing dewasa yang jarang dimandikan.

Apabila memandikan kuicng buat kali pertama, jangan jadikan pengalaman tersebut sesuatu yang pahit kerana ini akan membuatkan kucing trauma.

Berikut HaiMeow kongsikan cara-cara mudah dan betul untuk mandikan kucing anda.

1. Isikan sinki dengan air suam yang cetek bergantung pada saiz kucing anda. Tenangkan kucing anda jika anda sedar ia sedang berasa takut. Belai dan bercakap dengannya untuk menenangkannya. Gunakan air pancuran (shower) jika ada.

Periksa suhu air terlebih dahulu untuk memastikan ia tidak terlalu panas. Kemudian basahkan bahagian badan kucing dengan teliti. Gunakan syampu dan ratakan pada bahagian tubuh kucing sehingga menghasilkan buih. Pastikan syampu tidak terkena bahagian mata, hidung dan juga mulutnya.

2. Gosokkan syampu ke dalam bulu-bulunya bermula dari hujung leher ke seluruh tubuh. Ratakan syampu di bahagian ekor dan kawasan punggung. Biarkan syampu meresap seketika. Apabila kucing mula tenang, ratakan air ke seluruh badan kucing. Anda boleh menggunakan pancuran air untuk memastikan semua buih sabun keluar daripada badan kucing.

3. Alihkan kucing daripada sinki atau bekas mandi. Kemudian balut kucing dengan segera menggunakan tuala. Gosok secara perlahan-lahan dengan tuala untuk mengeringkan seluruh tubuh kucing anda.

4. Gunakan pengering rambut jika ada. Tetapkan pengering rambut pada suhu yang rendah. Jangan halakan pengering rambut terlalu dekat pada tubuh kucing. Jika kucing anda tidak selesa atau tidak suka dengan pengering rambut, jangan paksanya dan biar ia keringkan dirinya sendiri.

5. Sikat dan berus bulu kucing anda semasa proses pengeringan. Pisahkan mana-mana simpulan bulu secara perlahan dengan jari. Pastikan bulu di bahagian kaki juga dipisahkan dengan baik.

Peringatan

  • Elakkan dari menjirus air di bahagian kepala dan muka kucing. Anda boleh gosokkan sahaja bahagian tersebut dengan tangan atau berus yang halus.
  • Beri ganjaran kepada kucing anda seperti ‘treats’ kegemarannya. Cara ini boleh membuatkannya rasa lebih tenang selepas mandi.
  • Sekiranya kucing anda mempunyai bulu-bulu yang tersimpu atau hairball, disyorkan supaya selesaikan masalah tersebut terlebih dahulu sebelum memandikannya.
Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!