5 Penyakit Kulit Kucing Dan Cara Atasi - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

5 Penyakit Kulit Kucing Dan Cara Atasi

Share

Penyakit kulit adalah antara penyakit yang sering menyerang kucing jika tidak diberi perhatian. Terdapat beberapa jenis penyakit kulit dan ada yang begitu merbahaya sekiranya tidak mendapat rawatan yang diperlukan.

Jika anda sudah membaca artikel ‘5 Penyakit Kulit Kucing Dan Cara Atasi‘ sebelum ini, ini adalah 5 lagi penyakit kulit yang sering menyerang kucing dan bagaimana anda boleh atasinya.

6. Food Allergy Dermatitis

Sesetengah kucing mempunyai alahan terhadap bahan-bahan atau pengawet tertentu yang terdapat dalam makanannya. Ini boleh menyebabkan gatal-gatal teruk di kepala, leher dan badannya, serta bengkak di kelopak mata. Bagi mengatasi masalah ini, cuba rujuk dengan pakar tentang diet kucing anda. Sesetengah doktor mungkin akan memberi steroid kepada si bulus untuk mengurangkan bengkak dan gatal-gatal yang dialaminya.

7. Psychogenic Alopecia

Psychogenic Alopecia adalah masalah kulit yang berlaku akibat pembersihan diri yang melampau atau excessive grooming. Masalah ini akan menyebabkan bulu di kawasan yang terlibat gugur. Stres adalah punca utama bagi excessive grooming, jadi rawatan yang disarankan kebiasaannya adalah rawatan bagi mengurangkan stress si bulus. Bagi sesetengah kes di mana keguguran bulu sangat teruk, vet akan menyarankan ubat anti-anxiety untuk si bulus.

8. Ringworm/kurap

Ringworm merupakan jangkitan kulit akibat fungus yang sangat mudah berjangkit ke haiwan lain dan juga manusia. Antara simptom ringworm ialah luka-luka melingkar dan keguguran bulu di kawasan kepala kucing. Kawasan disekitar ringworm akan menjadi botak dan berkerak putih/flaky. Ringworm memerlukan rawatan oleh vet dan bergantung kepada tahap jangkitan.

9. Stud Tail

Stud tail yang turut dikenali sebagai hyperlasia kelenjar ekor adalah masalah di mana kelenjar mengeluarkan lebihan minyak yang menyebabkan terdapat cairan berminyak berwarna coklat yang berbau di kawasan ekor si bulus. Masalah ini sering berlaku kepada kucing yang tidak dimandulkan. Cara mengatasi masalah ini ialah dengan memandulkan kucing jika terpaksa, atau memandikan kucing menggunakan syampu antiseborrheic untuk mencuci minyak berlebihan.

10. Sunburn

Kucing-kucing yang mempunyai bulu yang cerah dan baka-baka yang tidak berbulu seperti sphynx adalah yang paling berisiko tinggi untuk mendapat sunburn. Pastikan kucing anda tidak terkena cahaya matahari terik yang mampu menyebabkan si bulus berisiko mendapat kanser kulit seperti melanoma.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!