5 Penyakit Kulit Kucing Dan Cara Atasi - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

5 Penyakit Kulit Kucing Dan Cara Atasi

Share

Penyakit kulit adalah antara penyakit yang sering menyerang kucing jika tidak diberi perhatian. Terdapat beberapa jenis penyakit kulit dan ada yang begitu merbahaya sekiranya tidak mendapat rawatan yang diperlukan.

Berikut adalah beberapa jenis penyakit kulit dan cara untuk anda atasinya

1. Abses/Bisul

Bisul adalah salah satu masalah kulit yang paling biasa bagi si bulus. Terdapat banyak faktor yang menjadi penyebab kepada masalah ini. Bisul yang ada boleh menjadi teruk dan membentuk nanah. Cara yang terbaik untuk mengelakkan masalah ini ialah dengan meletakkan si bulus anda di dalam rumah.

2. Ear Mites/Tungau Telinga

Ear mites adalah sejenis jangkitan kutu yang sering menyerang kucing. Jika si bulus sentiasa menggoyang-goyang atau menggaru-garu telinganya, atau telinganya penuh dengan tahi telinga berwarna coklat gelap kehitam-hitaman, kucing anda mungkin menghadapi masalah ini. Cara rawatan adalah dengan meletakkan ubat titis untuk membunuh kuman dan membersihkan telinganya dengan kapas.

3. Contact Dermatitis

Kebiasaannya, contact dermatitis terjadi akibat sentuhan antara kulit dengan bahan kimia atau bahan lain seperti getah atau bekas makanan plastik. Penyakit ini menyebabkan kulit si bulus mempunyai benjolan-benjolan merah yang gatal. Cara terbaik untuk mengelak masalah ini ialah dengan menjauhkan si bulus dari kawasan yang mempunyai bahan kimia seperti pencuci lantai atau menggunakan bekas makanan kaca atau besi.

4. Feline Acne

Feline Acne bukanlah penyakit jerawat biasa seperti yang menyerang manusia. Feline Acne selalunya berlaku di sekitar dagu. Antaranya penyebab masalah ini ialah bekas makanan dan minuman plastik/getah. Kebiasaannya, doktor haiwan akan memberikan shampoo atau ubat yang sesuai bergantung kepada tahap Feline Acne tersebut.

5. Flea Allergy Dermatitis

Masalah kutu adalah perkara yang biasa bagi si bulus. Selalunya, kucing yang mempunyai masalah kutu tidak akan mempunyai reaksi alahan tetapi tidak bagi kucing yang sensitif. Kucing yang sensitif boleh mendapat alahan walaupun dengan hanya satu gigitan kutu. Cara mencegah rawatan ini adalah dengan melakukan rutin-rutin penjagaan supaya kucing anda bebas kutu

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!