5 Perangai Pelik Si Bulus Yang Buat Kita Tertanya-tanya - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

5 Perangai Pelik Si Bulus Yang Buat Kita Tertanya-tanya

Share

Semakin banyak masa yang diluangkan bersama kucing anda, lebih banyak anda mungkin akan mula mengenali tabiat pelik si bulus kesayangan anda.

Berikut HaiMeow kongsikan 5 tingkah laku kucing yang pelik dan mengapa mereka berkelakuan sedemikian.

1. Menguli/’Kneading’

Walaupun tiada siapa yang 100% pasti mengapa kucing melakukan perbuatan ini, terdapat beberapa teori yang menjelaskan tentang tingkah laku ini.

Ketika kecil, anak kucing akan menekan-nekan perut ibunya ketika menyusu untuk merangsang pengeluaran susu.

Jika kucing melakukan sedemikian kepada anda, itu menunjukkan kasih sayang mereka terhadap anda.

Bagi kucing betina pula, kelakuan tersebut adalah untuk memberi isyarat bahawa mereka bersedia untuk mengawan.

2. Mengunyah Tumbuhan/Rumput

Kucing mengunyah tumbuhan kerana tumbuhan tersebut menarik perhatiannya, atau sebagai satu cara untuk mereka mendapatkan perhatian anda.

Kebiasaannya, kucing yang makan tumbuhan-tumbuhan akan memuntahkannya kembali.

Ini adalah salah satu caranya untuk membantu mengeluarkan gumpalan bulu atau ‘hairballs‘.

3. Menggosok Muka

Pipi kucing mengandungi kelenjar yang digunakan untuk mengeluarkan bau identiti diri yang unik.

Dengan menggosok pipi yang berbulu pada permukaan atau benda yang terlihat di hadapannya, kucing anda benar-benar berada dalam wilayahnya.

Kelakuan ini berfungsi sebagai penanda kawasan.

4. Bawa Bangkai Haiwan

Kucing adalah pemburu semula jadi. Apabila anda selalu bersama dengan kucing anda, ia akan mula menyayangi anda.

Kucing membawa bangkai haiwan kepada anda sebagai ‘hadiah’ dan caranya menunjukkan kasih sayangnya kepada anda.

Jadi, jika kucing anda kerap membawa bangkai, itu bermakna mereka sangat sayangkan anda!.

5. Berguling-guling

Kucing anda sentiasa berguling-guling di hadapan anda apabila anda mendekatinya? Ini bermakna mereka sedang berasa gembira dan dalam ‘mood’ yang baik.

Kucing yang berguling-guling dan mendedahkan kawasan perut mereka sebenarnya sedang berasa santai dan selesa. Ini juga bermakna ia mempercayai anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!