5 Perkara Yang Mampu Buat Si Bulus Makin Sayang Anda - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

5 Perkara Yang Mampu Buat Si Bulus Makin Sayang Anda

Share

Kucing sememangnya diketahui sebagai haiwan peliharaan yang amat sukar untuk kita mendapatkan kasih sayangnya.

Disebabkan itulah kasih sayang kucing sangat istimewa. Untuk mendapatkan kasih sayang kucing, anda haruslah berusaha untuk memenangi hatinya.

Memenangi hati kucing sebenarnya tidaklah begitu susah, anda hanya perlu tahu cara-caranya sahaja kerana kucing tidak boleh berkomunikasi secara verbal dengan anda, ia adalah tugas anda untuk memahami tanda dan isyarat yang ditunjukkan oleh kucing.

Berikut adalah perkara-perkara kecil yang membawa makna besar kepada si bulus yang pemilik kucing mungkin terlepas pandang.

Usap Si Bulus Ketika Ia Sedang Makan

Kebiasaannya, pemilik kucing hanya akan menyediakan makanan buat si bulus dan membiarkan ia makan sendiri.

Tetapi, mengusap kucing anda ketika ia sedang makan mampu membentuk satu ikatan yang dipanggil ‘affection eating’.

Kucing akan berasa selamat apabila pemiliknya berada bersamanya.

Selepas ini, jangan biar kucing anda makan bersendirian dan cuba duduk bersama kucing anda ketika ia makan sambil mengusap-usapnya buat seketika.

Hormati Privasi Si Bulus

Kucing adalah haiwan yang sangat ‘territorial’, iaitu amat mementingkan kawasannya dan kadang kala memerlukan masa bersendirian.

Mereka amat tidak suka jika diganggu ketika masa bersendirian mereka. Anda harus peka dengan isyarat yang ditunjukkan oleh si bulus dan jangan sesekali mengganggunya atau kawasannya bersendiri.

Dengan menghormati masa bersendiriannya, si bulus akan lebih menghargai anda dan ikatannya bersama anda akan lebih kuat.

Kongsi Makanan Dengan Si Bulus

Sekali sekala, kongsi makanan anda dengan si bulus.

Namun, anda harus pastikan bahawa makanan yang anda makan tidak mengandungi bahan-bahan yang bahaya kepada kucing seperti coklat, kafein, bawang atau alkohol.

Tetapi pastikan ia hanyalah sekadar treats atau ganjaran dan tidak menggantikan makanannya yang asal.

Temannya Melihat Burung

Kucing sememangnya suka melihat ke luar tingkap memerhatikan burung atau haiwan-haiwan kecil lain di luar.

Sebab itulah penting baginya mempunyai akses untuk melihat dunia luar dan tidak hanya terperap di dalam bilik yang tertutup.

Apabila kucing anda sedang seronok melihat ke luar tingkap, cuba sertainya.

Kucing anda akan rasa dihargai kerana anda meluangkan masa melakukan perkara yang disukainya.

Sediakan Rumah Untuk Si Bulus

Kucing sememangnya suka jika anda menyediakan tempat untuknya memanjat dan menyorok.

Terdapat pelbagai jenis rumah kucing yang terdapat di pasaran yang anda boleh beli tetapi, adalah lebih jimat dan sentimental jika anda buat sendiri menggunakan kotak atau bahan-bahan lain.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!