5 TIP JADIKAN BULU KUCING KORANG LEMBUT & BERSINAR (3 MINGGU JE) - Haimeow );

Type to search

Haimeow Kesihatan Pilihan Editor Pilihan Haimeow

5 TIP JADIKAN BULU KUCING KORANG LEMBUT & BERSINAR (3 MINGGU JE)

Share

Kucing ni sebenarnya haiwan pembersih tetapi agak ‘cerewet’. Kot (bulu kucing) bersinar dan tidak kusam menunjukkan si comel anda sihat.


Trivia – Kucing kerap jilat bulu untuk membersihkan diri. Bulu-bulu tertanggal yang tersangkut pada lidah akan ditelan. Gumpalan bulu itu dipanggil sebagai hairball.


HaiMeow kongsikan 5 tip untuk buatkan bulu kucing anda lebih lembut dan bersinar;

Sikat Bulu Kucing

1. BERUS & SIKAT BULU

Kucing boleh menjilat badannya, tapi tak semua bahagian dapat dicapai. Jadi, anda boleh bantu dengan menyikat dan memberus bulunya supaya kekal terurus dan kemas.

2. MANDI & SYAMPU

Kucing ni kalau tidak selesa dengan kulitnya, dia kerap menggaru untuk hilangkan kegatalan.

Pastikan syampu mandian sesuai untuk elak kulit menjadi kering, radang merah atau kegatalan. Elakkan mandi terlalu kerap. Empat hingga enam minggu sekali adalah selang masa yang terbaik.

3. NYAH KUTU & CACING

Kutu selalu menjadi penghalang untuk bulu kekal sihat, terutama kucing berbulu panjang. Hama atau kutu menyebabkan kegatalan dan keguguran bulu. Gunakan ubat kutu yang disyorkan agar masalah tidak berulang.

Cacing pula bertindak mengganggu nutrisi penting daripada diserap dalam badan. Kulit akan kering dan bulu akan kusam. Jadi, jangan lupa beri ubat cacing untuk pencegahan.

4. GALAK MINUM AIR

Pastikan kucing kesayangan anda minum air secukupnya. Sediakan bekas minuman yang bersih dan sentiasa sediakan air yang bersih setiap hari.

Elakkan kucing minum air daripada sumber yang tidak diketahui. Sediakan beberapa bekas minuman serta mudah diakses.

5. AMALKAN DIET PEMAKANAN TERBAIK

Untuk dapatkan bulu yang cantik dan sihat, diet dan nutrisi yang sihat adalah sangat penting. Makanan berkualiti dan mengandungi khasiat khusus termasuk Omega 3 & 6, asid lemak, vitamin serta mineral akan menjadikan bulu si comel kesayangan lebih berkilat dan sihat.

Berita baik untuk follower HaiMeow!

Dapatkan sampel pek makanan Purina ONE® 100 gram secara percuma dan lihatlah perubahan ketara kucing anda dalam tempoh 3 minggu !!! Mudah je, semuanya dihujung jari. Korang hanya perlu lengkapkan butiran tentang kucing anda. Klik sini – Free Pek Makanan Purina ONE

Sertai Cabaran 3 Minggu Purina ONE®

Sahut cabaran 3 minggu kami dan lihatlah perubahan ketara melalui selera makan, tenaga, sistem imun dan bulu si comel selepas diberikan Purina ONE® yang lengkap dengan khasiat.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!