6 Manfaat Bermain Bersama Kucing Yang Anda Harus Tahu - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Kesihatan

6 Manfaat Bermain Bersama Kucing Yang Anda Harus Tahu

Share

Tahukah anda, bermain bersama kucing adalah kaedah yang paling berkesan untuk kucing anda bersenam. Ada banyak cara yang menarik yang boleh anda lakukan, dan salah satu cara yang pastinya berkesan adalah permainan yang dikawal oleh anda.

Ketahui manfaat terhadap terhadap kucing anda jika anda sentiasa meluangkan masa untuk bermain bersamanya.

1. Bermain dapat menyelesaikan masalah tingkah laku si bulus

Tahukah anda, bermain bersama kucing mampu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku kucing? Ya, dengan meluangkan masa untuk bermain dengan si bulus, masalah tingkah laku seperti kurang keyakinan, sukar untuk mengekspresikan diri, terlampau agresif atau masalah tingkah laku yang lain boleh diperbaiki.

2. Bermain dapat menghindari kucing anda daripada masalah obesiti

Jika kucing anda menghadapi masalah obesiti, anda mempunyai dua pilihan untuk membantu kucing anda mengatasi masalah tersebut. Yang pertama adalah mengurangkan kuantiti makanannya dan yang kedua adalah melebihkan aktiviti senamannya, iaitu dengan bermain dengannya. Pakar juga akan mengesyorkan anda supaya anda kerap membuat kucing anda bersenam dengan sentiasa bermain dengannya supaya ia banyak membuat pergerakan.

3. Bermain dapat mengurangkan tekanan pada kucing

Dengan melakukan pergerakan dan berjalan, ia mampu mengurangkan tahap tekanan si bulus anda. Dalam masa yang sama, anda harus mengenal pasti punca tekanan si bulus dan pastikan ia tidak lagi mengganggu si bulus.

4. Bermain dapat mengeratkan hubungan anda dengan si bulus

Bermain merupakan cara bergaul yang interaktif dan positif bersama si bulus. Membelai, bercakap dan juga bermain bersamanya dapat mengeratkan hubungan anda dan kucing anda. Oleh itu, luangkan masa untuk bermain bersama si bulus dan rancang corak permainan yang berlainan supaya ia berasa teruja untuk bermain bersama anda.

5. Bermain adalah menyeronokkan!

Untuk anda, bermain dengan si bulus adalah perkara yang menyeronokkan bukan? Itulah juga apa yang dirasai oleh kucing anda. Bermain adalah sesuatu perkara yang menyeronokkan kepada si bulus dan jika ia hanya duduk sepanjang hari, ia sebenarnya akan merasa bosan, lebih-lebih lagi jika ia adalah kucing tunggal dan tidak mempunyai teman.

5. Bermain dapat membina keyakinan kucing yang pemalu

Adakah anda mempunyai kucing yang kurang aktif dengan persekitaran atau tidak berinteraksi dengan kucing rumah yang lain? Cuba cara ini. Kunci diri anda dan si bulus yang pemalu di dalam satu bilik selama 15 minit dan luangkan masa untuk bermain bersama mereka. Tetapi, jangan paksa mereka untuk bekerjasama dengan anda dan biarkan ia mula memberi respon secara beransur-ansur. Masa dan kesabaran adalah perkara penting dalam membantu kucing yang pemalu bersosial.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!