Apabila kucing memilih untuk duduk atau baring di pangkuan tuannya, itu adalah perasaan yang paling gembira bagi pemilik kucing.
Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa kucing anda begitu gemar duduk di pangkuan anda atau baring di atas badan anda?
Anda mengeluarkan haba, dan kucing amat sukakan haba!
Kucing mempunyai suhu badan yang sedikit tinggi berbanding manusia, jadi mereka tertarik kepada kawasan yang mengeluarkan haba. Disebabkan itu juga kucing suka berjemur di bawah cahaya matahari.

Kucing mahu bermanja
Kucing duduk di atas tuan mereka kerana mereka mahukan kasih sayang dan ingin bermanja.
Ia membuatkan mereka berasa selamat
Kucing akan duduk di atas orang yang mereka percaya kerana mereka berasa selamat dan dilindungi.

Kucing tertarik dengan bau anda
Salah satu sebab kucing duduk di atas tuannya adalah kerana mereka sudah biasa dan kenal akan bau tuannya. Kadang-kala kucing akan duduk di atas gumpalan baju anda kerana terdapat bau anda pada baju tersebut.
Untuk menunjukkan ia percaya pada anda
Kucing hanya akan duduk di pangkuan manusia yang ia percaya, jadi jika kucing anda duduk di atas anda ini bermakna ia percayakan anda.