6 Tanda Anda Seorang ' Cat Person' Verst Haimeow );

Type to search

Haimeow Cerita

6 Tanda Anda Seorang ‘ Cat Person’

Share

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun berekor, dan mereka ada dalam pelbagai warna yang berlainan

Anda Sangat Sukakan Bunyi Purr
Bagi pencinta kucing, bunyi purr adalah bunyi yang paling best di dunia.

Bunyi purr adalah salah satu cara bagi kucing berkomunikasi dan ia mampu memberi kesan terapi kepada manusia dan juga kucing itu sendiri.

Mendengar bunyi purr yang dikeluarkan si bulus kesayangan membuat pencinta kucing merasa tenang, damai dan tenteram.

Malahan, ada juga pencinta kucing yang ‘ketagih’ dengan bunyi purr kucing mereka! Mereka sentiasa berada berdekatan dengan kucing mereka untuk mendengar bunyi purr.

Pakaian Anda Penuh Dengan Bulu Kucing Dan Anda Bangga Dengannya!
Bulu di pakaian adalah lumrah bagi pencinta kucing. Rasanya seperti tidak lengkap OOTD anda jika pakaian tiada walau sehelai pun bulu si manja.

Jika di rumah pula, bulu kucing memang bersepah di mana-mana seperti lantai, sofa, almari dan katil.

Anda Gemar Bercakap Dengan Si Bulus
Terdapat kajian yang mengatakan kucing faham apa yang dikatakan oleh manusia dan ia memberi respon melalui meow ataupun pergerakan badannya.

Seorang pencinta kucing juga akan sentiasa menegur kucing-kucing yang berselisih dengannya. Seorang pencinta kucing akan sentiasa bercakap dengan kucing walaupun kadang-kadang tidak dilayan.

Phone Anda Penuh Dengan Gambar Kucing
Selepas anda membaca artikel ini, cuba buka galeri gambar phone anda.

Jika phone anda penuh dengan gambar dan video kucing, sahlah bahawa anda pencinta kucing.

Selain itu, cuba lihat akaun yang anda follow di Twitter, Instagram atau Facebook.

Jika anda banyak follow akaun berkaitan kucing, memang sah juga anda ialah pencinta kucing.

Anda Tak Sampai Hati Bangunkan Si Bulus
Anda takkan sampai hati untuk alihkan si bulus yang terlena di pangkuan anda kerana takut ia terbangun.

Jika anda terpaksa, anda akan melakukannya dengan sangat berhati-hati dan cermat dan pastinya anda akan rasa bersalah sekiranya si bulus terjaga dari lenanya.

Anda Suka Menonton Video Kucing Dan Mengumpul Barangan Berkaitan Kucing
Cuba lihat history Youtube anda, adakah penuh dengan video-video kucing? Pencinta kucing sememangnya suka menonton video-video kucing yang lucu dan comel di internet sehingga ada yang berjam-jam lamanya.

Ada juga pencinta kucing yang memang tak boleh tengok barang-barang kucing seperti baju, stokin dan cawan kucing. Kalau nampak, wajib dibelinya.

Jika anda mempunyai tanda-tanda di atas, tahniah! Anda ialah seorang ‘cat person’ dan anda patut berbangga dengannya.

Tags:

You Might also Like

error: Content is protected !!