6 Tips Si Bulus Kekal Aktif - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

6 Tips Si Bulus Kekal Aktif

Share

Pemilik kucing pasti tahu manfaat bermain bersama kucing dan juga kucing kesayangan anda, bukan? Manfaat bermain dengan kucing ini wujud untuk meningkatkan tahap aktiviti kucing anda.

Dengan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh si bulus setiap hari, ia mampu meningkatkan tahap kesihatan mereka dan menghilangkan simptom bosan. Jika anda tidak punya banyak waktu untuk bermain dengan si bulus, jangan risau! Berikut adalah tips untuk pastikan si bulus kekal aktif:

MAINAN YANG MENARIK

Gunakan perlbagai jenis permainan yang menarik untuk si bulus. Pada yang tidak tahu, mainan adalah kaedah yang amat berkesan dalam memberi rangsangan kepada si bulus untuk kekal aktif. Tetapi bahagian yang paling sukar adalah komitmen untuk bermain dengan si bulus. Luangkan masa walaupun sekejap untuk bermain bersama si bulus kerana walaupun sekejap, masa bermain adalah sangat berharga untuknya.

MAINAN ‘SOLO’

Ada dua jenis alat permainan ‘solo’, yang pertama adalah menggunakan objek kecil yang boleh dibaling seperti tikus mainan atau bola yang melantun. Kedua adalah jenis yang boleh diikat menggunakan tali, seperti bola atau objek lembut yang boleh diikat dan digantungkan di hadapan si bulus. Dengan permainan ini, si bulus boleh bermain bila-bila masa walaupun anda sedang sibuk.

MAINAN ELEKTRONIK

Alat permainan elektronik sangat sesuai untuk seseorang yang sibuk bekerja sepanjang hari dan tiada masa untuk bermain sentiasa dengan si bulus. Alat permainan elektronik menggunakan bateri dan selalunya jenis permainan ini mampu menarik perhatian si bulus untuk jangka masa panjang. Terdapat banyak contoh alat permainan elektronik kucing yang anda boleh dapat di pasaran.

MAINAN KUCING KAWALAN JAUH

Alat permainan ini juga berfungsi menggunakan bateri tetapi dikawal oleh anda. Alat permainan jenis ini pastinya amat menyeronokkan bukan sahaja untuk si bulus tetapi juga anda sendiri. Jika anda mempunyai anak kecil, mereka pasti juga tertarik untuk bermain dengan si bulus menggunakan alat permainan ini.

MENCARI MAKANAN

Aktiviti ini amat menarik kerana si bulus seperti sedang ‘memburu’ makanannya sendiri. Anda cuma perlu sembunyikan beberapa ketul biji makanan di sekitar kawasan rumah, dan biarkan si bulus mencari makanan tersebut. Selain itu, anda juga boleh menggunakan food dispenser yang terdapat di pasaran. Selain dapat membantunya kekal aktif, aktiviti ini juga mampu memuaskan nalurinya sebagai seorang pemburu.

BERJALAN-JALAN

AKtiviti ini bukan hanya sesuai untuk anjing, anda juga boleh praktikkan aktiviti ini bersama kucing anda. Anda boleh menggunakan tali untuk membawa kucing anda berjalan-jalan atau menggunakan stroller khas untuk kucing. Harus diingatkan, bukan mudah untuk membuat kucing anda berjalan-jalan seperti anjing, anda harus sabar dan tidak memaksanya untuk melakukan aktiviti ini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!