);

Type to search

Baka Haimeow

7 fakta mengenai kucing Pallas (Pallas Cat)

Share

Kucing Pallas ialah kucing liar tinggal di kawasan pergunungan yang mempunyai banyak pokok dan rumput yang panjang. Baru-baru ini, wajahnya yang rata dan bulat telah menambat hati netizen kerana air muka nya yang lucu dan comel.

Namun, siapa sangka kucing yang comel ini bukan lah sekadar kucing yang biasa. Di bawah terdapat beberapa fakta mengenai kucing ini.

Nama kucing ini diambil dari seorang naturalis, Peter Pallas

Seorang naturalis dari German telah menemui spesis kucing ini pada tahun 1776. Dia namakan kucing tersebut sebagai Felis manul dan mengagak ia merupakan nenek moyang kepada kucing Parsi disebabkan oleh mukanya yang bulat, bulunya yang gebu dan badannya yang besar.

Nama saintifiknya bermaksud ‘telinga hodoh’

Tidak lama selepas itu, nama saintifiknya diubah dari Felis manul kepada Otocolobus manul yang bermaksud ‘telinga hodoh’ dalam bahasa Greek. Ini kerana kucing Pallas mempunyai telinga yang bulat dan kecil terletak elok di sisi kepalanya.

Ada sesetengah beranggapan bahawa telinga kucing tersebut hodoh, tetapi ada sesetengah menganggap telinganya comel. Crystal DiMicelli, bekas penjaga haiwan liar di Prospect Park Zoo, Brooklyn berkata telinganya yang bulat dan terletak rendah tersebut membantu haiwan itu untuk melindungi diri mereka semasa menyorok atau memburu.

Bulu kucing ini padat dan gebu

Bulu kucing ini merupakan benda pertama yang rata-rata manusia akan perasan. Bulunya adalah lebih panjang dan lebih padat berbanding dengan keseluruhan spesis felid dan bulu di perut mereka adalah dua kali ganda lebih panjang berbanding bulu di bahagian yang lain.

Warna bulu mereka adalah silver kekelabuan semasa musim sejuk dan akan menjadi warna yang gelap kemerah-merahan semasa musim panas. Kepalanya yang rata dan bulat bercorak dan berbintik dengan warna yang gelap dan ekornya yang gebu  mempunyai garis-garisan dan tip yang gelap. Corak pada kucing ini akan menjadi lebih gelap apabila musim panas.

Bulu kucing tersebut masuk dengan habitatnya dimana ia dapat melindungi dirinya dari haiwan pemangsa

Berdasarkan Luke Hunter, badan kucing ini tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang bersalji, jadi habitat mereka adalah di kawasan yang sejuk dan gersang terutamanya di kawasan yang berumput dan berbatu dimana mereka dapat menyorok dari haiwan pemangsa. Kucing ini bukanlah pelari yang laju, jadi apabila mereka merasakan bahaya, mereka akan tunduk dan membeku dan tidak membuat apa-apa pergerakan dan bulu mereka menutup diri mereka dari menjadi sasaran.

Kucing Pallas tidak gemuk, mereka cuma gebu

Berat badan kucing Pallas sebenarnya adalah kurang dari 5 kg dan panjang badan mereka adalah lebih kurang 60 cm atau kurang dari itu. Ini menunjukkan bahawa saiz kucing Pallas dan kucing rumah adalah lebih kurang. Namun bulu mereka yang gebu menampakkan mereka sebagai kucing yang besar.

Anak mata mereka adalah bulat dan bukan panjang

Jika kita tengok kucing peliharaan kita, rata-rata anak mata mereka berbentuk panjang. Berbeza dengan kucing Pallas di mana anak mata mereka bulat sama seperti singa dan harimau.

Kucing Pallas bukan kucing yang social

Kucing ini sentiasa kelihatan bersendirian dan selalu menyorok di dalan gua, celah-celah batu atau lubang yang ditinggalkan.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!