7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kucing Munchkin - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Baka Eksotik

7 Perkara Anda Perlu Tahu Tentang Kucing Munchkin

Share

Pernahkah anda melihat atau bertemu dengan kucing Munchkin? Kucing Munchkin adalah antara baka yang popular kerana keunikan fizikal mereka yang membuatkan mereka lebih menyerlah berbanding baka-baka lain.

Namun, kucing Munchkin juga sentiasa terkait dengan isu-isu kontroversi dalam dunia kucing.

Jom lihat apa kontroversi yang melanda kucing Munchkin dan juga beberapa perkara yang anda patut tahu mengenai baka ini.

Si Pendek Yang Comel

Kucing Munchkin adalah kucing yang bersaiz ‘mini’ disebabkan kakinya yang pendek. Kakinya yang pendek adalah akibat mutasi genetik hasil daripada campuran baka.

Si Katik Kontroversi

Kucing baka Munchkin tidak diiktiraf oleh majoriti badan atau organisasi kucing seluruh dunia. Setakat ini, hanya The International Cat Association (TICA) dan Southern Africa Cat Council sahaja yang mengiktiraf baka ini. Organisasi kucing yang lain masih menganggap Munchkin tidak beretika, justeru tidak mengiktiraf baka ini.

[Gambar oleh Tetsu Yamazaki]

Persoalan Mengenai Kesihatan Munchkin

Isu mengenai kesihatan kucing Munchkin telah diperkatakan sejak dahulu lagi. Pakar kucing berpendapat bahawa kucing Munchkin mempunyai tahap kesihatan yang baik. Walaupun kakinya pendek akibat daripada mutasi genetik, ia tetap mempunyai tahap kesihatan seperti kucing-kucing baka lain.

Asal Usul Munchkin

Walaupun kucing berkaki pendek (tidak semestinya baka Munchkin) ditemui pada awal tahun 1930an, baka kucing Munchkin yang ada sekarang mula dijumpai pada tahun 1983 di Louisiana, di mana seorang guru muzik bernama Sandra Hochenedel dengan tidak sengaja menjumpai dua ekor kucing Munchkin bersama seekor anjing Bulldog.

Dia kemudiannya menyelamatkan kedua-dua kucing itu dan mendapati bahawa kedua-duanya sedang bunting. Dia membela seekor dan menamakannya Blackberry.

Apabila Blackberry melahirkan anak, Sandra memberi salah seekor kepada rakannya yang bekerja dengan seorang pengerusi TICA’s Genetics Committee, untuk mengetahui lebih banyak tentang baka ini dan membuatnya dikenali di seluruh dunia.

[Sumber: reddit]

Berlari Seperti Kereta Lumba

Walaupun berkaki pendek, kucing Munchkin mempunyai larian yang laju. Baka ini mempunyai tenaga yang banyak, pantas dan mempunyai pergerakan yang lincah apabila membelok. Mereka juga mempunyai cengkaman dan kestabilan yang sangat bagus. Kucing Munchkin bagaimanapun hanya mempunyai jarak lompatan yang pendek.

Sukakan Pelukan

Kucing Munchkin dambakan peneman, tidak kira manusia atau haiwan lain. Mereka juga suka bermain dan suka akan pelukan.

Sifat Ingin Tahu Yang Amat Tinggi

Kucing secara umumnya mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, tetapi sifat ingin tahu baka Munchkin adalaha sangat tinggi. Mereka akan menyelongkar ke setiap penjuru, selekoh dan seluruh kawasan rumah anda. Kemungkinan untuk mereka menyembunyikan sesuatu daripada anda juga adalah tinggi.

Tags:

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!