7 Perkara Penting Yang Pemilik Kucing Jangan Abaikan - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Baka

7 Perkara Penting Yang Pemilik Kucing Jangan Abaikan

Share

Dengan kehadiran kucing yang banyak di rumah, masih ramai pemilik kucing yang mengambil mudah terhadap kepentingan penjagaan kucing dalam rutin seharian mereka..

Hal-hal ini berlaku kebiasaannya kerana kesibukan pemilik kucing yang tidak mampu memberi perhatian sewajarnya atau kurang pengetahuan tentang penjagaan kucing yang sebetulnya.

Ianya mungkin memberi kesan yang besar terhadap si bulus jika anda culas atau mengambil mudah dengan penjagaan kucing yang kelihatan kecil di mata anda.

Berikut adalah tujuh perkara yang pemilik harus peka dalam penjagaan kucing.

Pencegahan Kutu Dan Cacing

Walaupun anda memiliki kuicng indoor yang jarang keluar ke rumah, kutu dan cacing boleh dibawa masuk ke dalam rumah anda oleh haiwan-haiwan kecil seperti nyamuk.

Anda sendiri juga mungkin boleh membawa kutu dan cacing yang bahaya kepada kucing anda selepas seharian berada di luar rumah.

Oleh itu, anda perlu peka terhadap kehadiran kutu dan cacing pada kucing anda

Membiarkan Kucing Di Luar Tanpa Pengawasan

Kehidupan di luar adalah sangat merbahaya kepada kucing terutama kucing indoor yang jarang-jarang keluar daripada rumah.

Kucing boleh berlari dalam keadaan lalu lintas yang sibuk, dijangkiti bakteria di luar rumah di kawasan kotor dan mendapat ancaman daripada pemangsa seperti anjing.

Lebih teruk lagi, kucing anda mungkin sesat dan terlupa jalan untuk pulang ke rumah dan diambil oleh orang lain.

Source: Battersea Dogs & Cats

Membiarkan Tingkap Terbuka Sepanjang Masa

Membiarkan tingkap atau pintu terbuka sepanjang masa boleh menimbulkan kecelakaan kepada kucing, terutamanya bagi mereka yang tinggal di apartmen.

Keseronokan sifat ingin tahu boleh menyebabkan kucing anda sengaja melompat daripada tingkap dan terjun ke bawah.

Ini boleh membahayakan nyawanya terutamanya jika anda tiada di rumah ketika perkara itu berlaku.

Pastikan cermin tingkap anda kukuh dan sukar dibuka oleh kucing dan pasang jaring yang kukuh supaya kucing anda boleh melepak di tepi tingkap tanpa membahayakan nyawanya.

Tidak Pergi Ke Klinik Veterinar

Kucing anda kelihatan sihat. Ia mampu makan dengan baik, kelihatan aktif dan melakukan aktiviti harian secara normal.

Tetapi kucing juga boleh mengalami perbubahan kesihatan yang sukar dikesan, seperti kegagalan buah pinggang dan jantung.

Kucing pakar dalam menyembunyikan penyakit mereka dan sukar untuk kita mengenalpasti masalah kesihatan mereka hanya dengan mata kasar.

Pemeriksaan doktor haiwan secara berskala boleh menentukan sebarang masalah kesihatan dan penyakit kucing anda.

Membiarkan Kucing Bebas Ketika Memandu

Kebanyakan kucing tidak gemar dengan perjalanan yang jauh dan benci untuk duduk di dalam carrier sepanjang masa.

Namun, kucing yang bebas di dalam kenderaan yang sedang bergerak mampu mengundang padah kepada kedua-dua pemilik dan kucing itu sendiri.

Kucing yang dibiarkan bebas boleh mengganggu pemandu, terdedah kepada kecederaan atau melarikan diri dari kenderaan.

Jika boleh, pastikan ada orang lain di dalam kenderaan yang mengawasi kucing ketika anda memandu.

Lupa Membersihkan Gigi Kucing Anda

Ramai pemilik kucing yang tidak peka dengan penjagaan gigi kucing mereka.

Ini boleh menyebabkan pembentukan plak yang akhirnya boleh bertukar menjadi tartar, dan menyebabkan rasa sakit dan juga kehilangan gigi.

Seperti manusia, gigi kucing juga harus dibersihkan supaya masalah gigi tidak timbul.

Membiarkan Saja ‘Hairball

Kucing pandai mendandan diri mereka dan meluangkan banyak masa menjilat bulu mereka.

Namun, anda juga harus kerap memberus atau menyikat bulu mereka supaya masalah hairball tidak berlaku.

Kucing sebenarnya tidak suka untuk memuntahkan bebola bulu mereka.

Masalah hairball juga boleh menjadi petanda kucing anda mempunyai penyakit gastrousus. Rujuk doktor haiwan anda tentang permasalahan ini.

Rumput kucing juga boleh membantu untuk mengatasi masalah hairball ini.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!