7 Perkara Yang Menyebabkan Kucing Marah Dan Merajuk - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Cattiviti

7 Perkara Yang Menyebabkan Kucing Marah Dan Merajuk

Share

Pernahkah anda mengalami situasi kucing anda tiba-tiba marah atau merajuk dengan anda? Kucing akan menunjukkan perasaan marahnya menerusi tingkah laku atau sikapnya seperti membuang najis merata-rata tempat di dalam rumah.

Mungkin kadang-kadang anda tertanya-tanya mengapa kucing anda tiba-tiba membuat perangai. Sebenarnya ramai orang tidak sedar bahawa perkara yang dianggap kecil sekalipun mampu membuatkan si bulus berang dengan anda. Jadi, jom lihat 7 perkara manusia lakukan yang kucing benci.

Ditinggalkan Bersendirian/Kesunyian

Walaupun kucing popular dengan sifatnya yang ‘tidak kisah’, kucing sebenarnya adalah haiwan yang amat dambakan perhatian dan peneman. Jika si bulus ditinggalkan bersendirian secara kerap atau dalam masa yang begitu lama, ia akan berasa sedih, sunyi dan boleh menjadi tertekan.

Walau sesibuk manapun anda, pastikan anda meluangkan masa utnuk bersamanya walaupun sekejap. Jika tidak, ia mungkin akan merajuk dengan anda dan menunjukkan perubahan sikap.

Bekas Najis Kotor

Kucing amat sensitif dengan bekas najis yang kotor. Adalah penting untuk anda membersihkan bekas najisnya setiap hari, sebaiknya dua kali sehari. Anda juga harus pastikan kawasan di sekitar bekas najisnya bersih. Bekas najis yang kotor membuatkan si bulus berasa tidak selesa untuk ‘membuang’ dan mungkin karpet atau katil anda akan menjadi mangsa.

Makanan Yang Sudah Lama/Basi

Jangan tinggalkan makanan yang lama di dalam bekas si bulus kerana selain ia akan membuatkan kucing anda berasa marah, ia juga bahaya kepada kesihatan si bulus. Makanan yang ditinggalkan lama akan terdedah kepada bakteria yang merbahaya. Sedikit tips, jangan letak makanan dalam kuantiti yang banyak pada satu-satu masa, sebaliknya letak dalam kuantiti yang sedikit dan tambah sedikit-sedikit jika ia masih lapar.

Dibelai Dengan Kasar/Tempat Yang Ia Tidak Suka

Ketika bermanja dengan dengan mana-mana kucing, anda harus peka dengan tempat yang dilarang atau sensitif buat kucing itu. Setiap kucing mempunyai kawasan sensitifnya yang tersendiri. Ada kucing yang suka dibelai di perutnya dan ada kucing yang begitu marah jika anda sentuh perutnya. Jangan paksa untuk membelai atau pegang di kawasan yang ia tidak suka. Pastikan juga anda tidak membelai kucing dengan kasar.

Dipaksa Makan Ubat

Seperti kanak-kanak, kucing tidak suka makan ubat kerana rasanya yang tidak sedap. Jika kucing anda memerlukan ubat, anda harus pastikan bahawa anda tidak memaksanya makan, sebaliknya memberinya ubat dengan lemah lembut dan cara yang betul. Latih kucing anda dengan sesuatu yang positif seperti memberinya treats setiap kali ia makan ubat.

Persaingan Dengan Kucing/Haiwan Lain

Seperti manusia, kucing amat benci dengan persaingan kasih sayang daripada kucing atau haiwan lain. Kucing yang berasa tercabar akan menunjukkan sikap agresif terhadap pesaingnya atau tuannya sendiri. Jika anda sudah mempunyai kucing dan mahu membela kucing lain, pastikan anda kenalkan mereka dengan proses dan cara yang betul. Jangan terburu-buru dan biar mereka ambil sedikit masa untuk bonding.

Bunyi Bising

Bunyi bising membuatkan kucing berasa takut dan mampu menyebabkannya berasa tertekan. Pastikan anda sentiasa melindunginya ketika bunyi petir atau bunyi bising lain dan jangan dengan sengaja membuat bising di hadapan kucing anda.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!