8 Baka Kucing Paling Manja - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Baka Pilihan Editor Pilihan Haimeow

8 Baka Kucing Paling Manja

Share

Mempunyai wajah yang comel dan telatah yang menghiburkan hati, kucing sememangnya adalah antara haiwan yang paling diminati dan disukai di dunia.

Kucing juga turut dikenali dengan sifatnya yang manja, walaupun agak sukar untuk bermanja dengan makhluk comel ini.

Terdapat beberapa baka kucing yang dikenali dengan sifat manja yang lebih dan sangat clingy terhadap pemilik mereka. Tetapi ini bukanlah bermaksud baka-baka lain tidak semanja seperti baka-baka yang disenaraikan.

Berikut adalah baka-baka yang terkenal dengan sifat mereka yang manja:

1. Scottish Fold/Scottish Straight

Scottish Fold sememangnya dikenali sebagai teman cuddle yang popular. Baka ini akan sentiasa mengikuti pemiliknya ke sana sini dan tidak boleh berpisah dengan pemiliknya seperti pasangan yang baru bercinta. Jika anda seorang yang suka memakaikan kucing baju yang comel, ini adalah baka yang sesuai kerana mereka tidak akan merungut.

2. Ragdoll

Ragdoll adalah baka yang agak santai dan ‘chill‘, tetapi begitu penyanyang. Ragdoll adalah kucing indoor yang sangat ideal kerana mereka begitu suka berada di dalam rumah. Seperti Scottish Fold, mereka juga tidak akan merungut jika dipakaikan baju. Bunyi meownya juga lebih perlahan berbanding baka lain.

3. Tonkinese

Baka yang sangat sosial, Tokinese sememangnya sesuai dengan mereka yang sukakan haiwan peliharaan yang clingy. Tokinese adalah kucing yang bijak dan gemarkan perhatian. Baka ini juga selesa meluangkan masanya berpelukan bersama pemiliknya.

4. Oriental Shorthair/Siamese

Kedua-dua baka ini boleh dibezakan melalui warna di mana Siamese mempunyai ‘colourpoints‘ yang berbeza dengan warna krim badannya manakala Oriental Shorthair pula mempunyai warna-warna dan corak yang berlainan. Namun kedua-dua baka ini dikenali dengan sifat periang dan ‘vokal’, serta setia dan penyayang. Baka ini juga lebih aktif berbanding baka lain dan sangat suka bermain.

5. Kurilian Bobtail

Baka yang mempunyai ekor berbentuk “pompom” ini adalah seekor kucing yang sangat pintar dan sosial. Ini adalah antara baka yang sentiasa suka dibelai dan dimanja. Kurilian Bobtail sangat mudah mesra dengan manusia dan haiwan lain pada pertemuan kali pertama.

6. Burmese/Bombay

Kedua-dua baka ini adalah kucing yang sangat sosial. Mereka sangat sukakkan perhatian dan sangat suka berada dalam dakapan manusia. Burmese dan Bombay juga amat mudah mesra dengan orang yang tidak dikenali. Jika anda mempunyai baka ini di rumah, kediaman anda tidak akan pernah sunyi.

7. Sphynx

Antara baka yang amat popular, Sphynx adalah baka yang sangat aktif dan periang, serta sangat suka berada di sisi pemiliknya. Sphynx, yang tidak mempunyai bulu, sangat sukakan pelukan kerana ia dapat membuat badan mereka panas. Sphynx juga adalah baka yang bijak dan sangat suka bermain.

8. Birman

Birman boleh dikatakan sebagai baka yang amat memahami. Jika anda ceria, ia juga akan menjadi periang dan sedia untuk bermain, dan jika anda berasa sedih, ia akan berada di sisi anda untuk menenangkan anda. Birman juga adalah baka yang mempunyai kasih sayang yang sangat kuat terhadap pemiliknya serta setia.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!