8 Baka Kucing Paling 'Rare' Yang Anda Mungkin Tidak Tahu - Verst Haimeow

Type to search

Haimeow Baka

8 Baka Kucing Paling ‘Rare’ Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Share

Anda pasti selalu mendengar baka-baka kucing seperti American Shorthair, Persian dan juga Scottish Fold, tetapi pernahkah anda mendengar baka Ojos Azulez ataupun Minskin? Dua baka ini adalah antara baka kucing yang paling ‘rare’ dan anda mungkin tidak pernah lihat kedua-dua baka ini.

Cuba anda lihat sama ada anda kenal atau tidak baka-baka kucing yang ‘rare’ ini:

1. Peterbald

Jika dilihat secara kasar, rupa Peterbald kelihatan seakan-akan Sphynx kerana kedua-duanya baka hairless. Baka ini mula dikacuk di Rusia pada tahun 1994. Peterbald adalah baka yang manja dan penyayang, Bentuk badannya seakan-akan baka Oriental Shorthair. Cara penjagaanya pula adalah sama seperti Sphynx.

2. Ojos Azules

Ojoz Azules dalam bahasa Sepanyol bermaksud mata biru, dan anda pasti dapat mengagak kenapa kucing ini diberi nama tersebut. Ya, baka Ojoz Azules mempunyai mata biru dan mula dijumpai di New Mexico pada tahun 1984. Populasi Ojoz Azules sangat sedikit dan dikatakan baka ini aktif, mesra dan penyayang.

3. Kurilian Bobtail

Baka yang mempunyai ekor “pom-pom” ini berasal dari Kepulauan Kuril dan populasinya banyak di Rusia dan beberapa kawasan eropah, manakala sangat sedikit di Amerika Syarikat. Baka ini terjadi secara semulajadi dan ia adalah baka yang sangat bijak, pandai berdikari dan penyayang. Ia mempunyai persamaan dengan Japanese Bobtail, tetapi Kurilian Bobcat mempunyai badan yang lebih besar dan kepala yang lebih lebar. Baka ini adalah pemburu yang hebat dan mempunyai bakat ‘memancing’.

4. Sokoke

Sokoke juga adalah baka semulajadi dengan asal-usulnya dikatakan dari Kenya. Baka yang berbelang ini sangat easy-going dan ‘chill’, dan dikenali sebagai kucing liar yang suka merayau di kawasan pantai.

5. Serengeti

Baka ini mula muncul pada pertengahan 1990-an hasil kacukan antara Bengal dan Oriental Shorthair. Walaupun ia rare, baka ini mula mendapat perhatian disebabkan sifatnya yang aktif, mudah mesra dan periang. Disebabkan bulunya yang bertompok-tompok dan badannya yang panjang, ia disangkakan menyerupai kucing liar Afrika.

6. Napoleon

Napoleon adalah baka hasil kacukan antara Persian dan Munchkin, dengan bulu yang gebu dan saiz yang agak kecil. Walaupun mempunyai baka Persian, Napoleon tidak mempunyai muka leper seperti Persian, hanya kepalanya sahaja bulat seperti Persian.

7. Burmilia

Percaya atau tidak, kacukan ini terjadi secara tidak sengaja apabila seorang pencuci bangunan terlupa menutup pintu dan menyebabkan dua baka kucing, Chinchilla Persian dan Burmese, bertemu. Kejadian itu berlaku lewat 1980-an di United Kingdom.

8. Minskin

Minskin adalah baka hasil kacukan antara Sphynx dan Munchkin. Baka ini mengambil sifat kedua-dua baka asalnya, berkaki pendek seperti Munchkin dan tidak berbulu seperti Sphynx (hanya sedikit tompokan bulu pendek di beberapa kawasan).

[Sumber: iheartcats]

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Scroll Up
error: Content is protected !!