8 Baka Sesuai Bagi Mereka Yang Mempunyai Alahan Terhadap Bulu Kucing );

Type to search

Haimeow Baka

8 Baka Sesuai Bagi Mereka Yang Mempunyai Alahan Terhadap Bulu Kucing

Share
Kucing sphynx

Ada sesetengah orang yang amat sukakan kucing tetapi tidak bernasib baik kerana mempunyai alahan terhadap bulunya.

Jika anda tergolong dalam golongan tersebut, jangan bersedih kerana terdapat beberapa baka kucing yang sesuai untuk dibela oleh mereka yang mempunyai alahan.

Berikut adalah 8 baka kucing yang sesuai untuk mereka yang sensitif terhadap bulu kucing.

1. Cornish Rex

Baka ini sememangnya diketahui antara sebagai baka yang mempunyai hanya satu lapisan bulu, berbanding kebanyakan kucing yang mempunyai tiga. Disebabkan itu, bulunya kurang gugur berbanding baka-baka yang lain. Tetapi baka Cornish Rex harus dibersihkan selalu untuk membuang lebihan minyak pada kulitnya seperti Sphynx. Lapisan bulunya yang nipis membuatkannya sensitif kepada suhu yang rendah, jadi baka ini lebih sesuai tinggal di dalam rumah.

2. Devon Rex

Devon Rex mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik: telinga yang besar, lapisan bulu yang nipis, dan bulu yang tumbuh beralun-alun seperti poodle. Bulunya juga tidak selalu gugur seperti baka-baka yang berbulu lebat. Devon Rex tidak perlu dibersihkan selalu kerana bulunya yang nipis. Kebiasaannya, hanya telinga dan tapak kakinya sahaja dibersihkan ketika sesi grooming.

3. Oriental Shorthair

Oriental Shorthair adalah sebahagian daripada keluarga baka kucing Siam. Dengan lebih daripda 300 warna dan corak, baka ini mempunyai ciri-ciri fizikal yang paling banyak antara semua baka-baka kucing. Oriental Shorthair mempunyai lapisan bulu yang pendek dan halus yang tidak kerap gugur.

4. Javanese

Walaupun namanya Javanese, ia bukanlah baka yang berasal dari Kepulauan Jawa di Indonesia tetapi ia berasal dari Jepun. Tidak seperti kebanyakan kucing yang mempunyai tiga lapisan bulu (lapisan atas, lapisan tengah dan lapisan bawah), baka ini hanya mempunyai lapisan atas. Disebabkan ia mempunyai bulu yang sedikit. ia jarang mempunyai masalah keguguran bulu.

5. Balinese

Turut dikenali sebagai “Long-haired Siamese”, secara fizikal baka ini kelihatan tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai alergi. Namun seperti baka Siberian dan Russian Blue, Balinese menghasilkan kurang protein Fel d 1 berbanding baka-baka lain, menjadikan ia baka yang hypoallergenic. Selain itu, baka ini juga mempunyai satu lapisan bulu dan bulunya juga tidak kerap gugur.

6. Russian Blue

Baka Russian Blue dikenali sebagai baka yang manja dan rapat dengan pemiliknya. Ia mempunyai bulu yang pendek yang mempunyai tona warna dari kelabu cerah sehingga gelap. Seperti baka Siberian, ia dipercayai menghasilkan kurang protein Fel d 1. Walaupun mempunyai dua lapisan bulu, ia tidak kerap gugur.

7. Siberian

Kucing baka Siberia dikenali sebagai kucing yang kuat dan tangkas. Jika dilihat pada rupa fizikalnya, ia kelihatan seperti tidak sesuai bagi mereka yang mempunyai alergi disebabkan bulunya yang lebat dan panjang. Namun, Siberian jarang mengalami masalah kelemumur dan bulunya juga tidak kerap gugur. Ia juga kurang menghasilkan protein Fel d 1, sejenis protein alergen yang sentiasa didapati pada kulit dan air liur kucing

8. Sphynx

Kucing sphynx

Baka Sphynx amat popular dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah alergi kerana ia tidak mempunyai bulu. Tetapi, baka Sphynx memerlukan penjagaan yang sangat rapi untuk membuang minyak di kulit dan kotoran di telinga. Sphynx mula dibiak pada 1960 dan ia dikenali sebagai baka yang bersifat extrovert, senang mesra dengan orang asing dan sangat manja dengan pemiliknya.

Tags:

You Might also Like

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!